Saturday, 13 November 2010

Ujian dan Dugaan

Sabda Nabi s.a.w bermaksud: “Perjalanan adalah sebahagian daripada azab. Dia tidak dapat makan enak dan minum sepuas-puasnya serta tidur dengan nyenyak. Apabila seorang daripada kamu sudah menyelesaikan hajatnya, segeralah kembali kepada keluarganya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keadaan muka bumi Afghanistan
Setelah mengharungi perjalanan merentas Malaysia,India,Afghanistan dan Rusia selama 12 jam,maka tibalah kami di Lapangan Terbang Heathrow,London.Perasaan gembira dan risau bercampur-baur kerana kami belum lagi melepasi imigresen UK Border Agency yang terkenal dengan kawalan ketat sekuriti mereka.Wajah mereka hanya memberikan ekspresi dingin sebagaimana cuaca London di luar sana.

Kemungkinan untuk kami 'deported' yakni dihantar pulang peratusannya 50/50.Mengapa?Kerana kami tidak mempunyai VISA yang sah untuk memasuki United Kingdom ini.Setelah dua kali menghantar permohonan kepada wakil UK Border Agency di Malaysia sebanyak dua kali,dan ditolak,maka dengan menggunakan hak sebagai rakyat negara Komanwel(bekas negara-negara jajahan Empayar British) kita dibolehkan untuk melancong tidak lebih dari 6 bulan.Tidak percaya?

Melawat ke Luar Negara
Warganegara Malaysia yang bercadang untuk melawat ke luar negara dinasihatkan agar mendapatkan maklumat tentang visa bagi keperluan negara yang hendak dilawati. Maklumat boleh diperolehi daripada pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan dan Konsulat negara tersebut. Keperluan visa berbeza bergantung kepada tujuan dan tempoh lawatan. Syarat-syarat juga mungkin akan berubah dari masa kesemasa dan kadangkala dalam tempoh yang singkat.


Selain dari visa, adalah juga penting untuk mengambil perhatian perkara-perkara berikut:-
  1. Tempat dan negara yang akan dilawati adalah selamat.
  2. Tempoh sahlaku passport melebihi enam (6) bulan dari tarikh lawatan dibuat.
  3. Pasport/dokumen pengenalan siri serta nama, nombor telefon dan alamat waris ada dan disimpan dengan selamat di sepanjang tempoh lawatan.
  4. Sebaik sahaja tiba di negara yang dituju, untuk warganegara Malaysia yang akan tinggal melebihi tiga (3) bulan di negara asing diperlukan mendaftar di pejabat Perwakilan yang terdekat di negara berkenaan. Pendaftaran boleh dibuat melalui telefon, fax, e-mel atau datang sendiri ke Pejabat Perwakilan.
  5. Untuk negara-negara tertentu, yang memerlukan para pelawat memperolehi Sijil Inokulasi Antarabangsa yang disahkan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia. Buat masa ini, hanya vaksinasi bagi penyakit kuning (yellow fever) sahaja yang diperlukan. Terdapat juga negara-negara lain yang memerlukan sijil vaksinasi penyakit-penyakit lain.


Berbalik kepada cerita,rupa-rupanya kesemua imigran perlu beratur sepanjang-panjangnya bak ular yang melingkar.Kedengaran Pegawai British itu melaung "Quick,go here,go there!".Kecut perut juga dibuatnya.Kemasukan dibahagikan kepada dua.Pertama,laluan Passport EU.Kedua,laluan Passport lain-lain.Maka,kami memasuki laluan kedua.Kebanyakan pelancong daripada bukan EU terdiri daripada Korea Selatan,China,dan Malaysia.Ya,anda boleh membayangkan ramai bermata sepet di situ.Keadaan di situ bagaikan trafik yang sesak.Perlahan-lahan kami bergerak.Setapak demi setapak.Ketakutan dan kerisauan menjelma menjadi igauan.Terbayang-bayang pegawai itu berkata,"I'm do not confident enough to let you pass".

Lebih kurang 30-40 minit kami beratur,kami sudah berada di hujung laluan,sedia untuk dipanggil.Di kaunter imigresen di hadapan kami ada seorang warga Korea Selatan disoal oleh pegawai itu.Kelihatan dia berhempas-pulas untuk memahami bahasa inggeris.Pegawai itu tiba-tiba naik angin."Can anyone here Korean can speak English and translate for me?!".Keadaan menjadi gawat.Terlihat wajah bengang dan keletihan.Waktu sudah menunjukkan 5 petang.Di luar tirai malam sudah menutup layar siang.Rupanya-rupanya mereka ada Ketua Pelancong yang bertanggungjawab menyelesaikan masalah imigresen.Mereka terpisah-pisah.Dengarnya lebih kurang 15 orang dalam kumpulan mereka.Dia tergesa-gesa keluar dari laluan meminta maaf,dan menjawab segala soalan bertubi-tubi daripada pegawai imigresen itu.

...
Kemudian giliran kami pula untuk disoal-siasat.Pegawai itu menanyakan beberapa soalan,dijawab oleh ibu kami dengan panjang lebar.

"Why you bring your children along with you,how about their school?" balas pegawai itu.
"In Malaysia,this time are holiday period.So I'm sure you that this vacation will not affect their studies.Furthermore,they don't have major exam next year." terang Ibu.
"I'm just trying to be professional,doing my job" tegasnya. 
"Wait,I'll ask my senior about this."

Muka kami pucat.Rupa-rupanya tidak semudah yang disangka untuk masuk ke negara ini.Perlukan alasan yang kukuh.Kedudukan kewangan yang kuat.Selepas 10 minit,dia hadir memberikan berita gembira.Kami mengucapkan syukur tidak putus-putus pada tuhan.Yang memudahkan perjalanan.Yang Maha Memakbulkan doa.

Lalu inilah ujian dan dugaan bagi orang bermusafir.Langkah bermula untuk mematangkan diri,meluaskan pandangan,memperbaiki akhlak dan memperdekatkan kami dengan Allah.
Ini baru bermula!

2 comments :

  1. Sememangnya bukan mudah ke negara itu. Imegresennya ketat sekali. Teringat suatu ketika dulu dari Paris ke London, hanya menaiki keretapi laju bawah tanah, itupun dah strict. Paris ke Cairo juga amat strict. Bila dilihat kita memakai tudung besar ini lagilah ditanya bermacam soalan, alhamdulilLah, hanya jawab sebaik mungkin dan cuba utk influence dia dgn akhlak sbg seorang Muslim, InshaAllah cair :) [time akak tu imegresen perempuan,alhmdllh].

    Perjalanan yang menggamit memori.

    Teruskan menulis travelog! :)

    ReplyDelete
  2. Rasanya lagi susah untuk wanita islam memakai hijab ke negara-negara eropah,lebih-lebih lagi sentimen anti-islam sekarang ni makin menular,walaupun di eropah makin ramai yang memeluk islam.
    syukran,insya allah akan terus menulis.

    ReplyDelete

Lontarkanlah pendapat,insha allah boleh diterima dgn hati terbuka,Onegaishimasu! :)