Permusafiran adalah sebuah perjalanan
bukan sekadar makan angin dan jalan-jalan
nasihat Dia agar kembara melihat ciptaan
merungkai makna hakikat ketuhanan
Jauh berjalan luas pemandangan
mencedok pengalaman merubah fikiran
wahai sahabat ini adalah peluang
meningkatkan diri memperbaiki kesalahan
Tidak cukup lembaran ini untuk menceritakan kesemuanya,tidak mudah menyusun kata,tidak indah jika ditulis sekadar melepaskan batuk di tepi tangga.Perjalanan ini sebenarnya telah bermula sebelum sampai ke bumi Oxford ini lagi.Semuanya adalah suratan takdir,untuk aku kembali ke sini setelah 15 tahun meninggalkannya.Ada maksud untuk dihalusi,bagaikan tuhan mengerti,ada jawapan yang harus kita cari dalam pengembaraan mencari spirit yang hilang.Oh mari kita bersama menghalusi kata-kata Ustaz Rahmat (Sang Murobbi) supaya dijadikan nasihat dan pedoman:
"Merendahlah,engkau kan seperti bintang gemintang,
Berkilau dipandang orang,di atas riak air dan sang bintang nun jauh tinggi
Janganlah menjadi seperti asap,
Mengangkat diri tinggi di langit
Padahal dirinya rendah hina
...
Pintu pejabat 'Department' ditolak perlahan.Segera aku menggagahkan diri untuk berjumpa dengan Mdm. Waheeda.Inginku minta beberapa nasihat dan cadangannya berkenaan keputusanku ini.Dengan itu,barulah aku dapat membuat perhitungan.Tiada kata dua.
Baru sahaja aku mengutarakan pendapatku,dia terus memberi jawapan yang pasti.Tiada ragu dan mengejutkan."You must go!This is experience of a lifetime" katanya."Go take some shortcourses and improve your english,and last but not least,enjoy your holiday" sambungnya lagi.Ada benar pada katanya.Terima kasih Madam.
...
Tiket penerbangan telah dibeli pada 28 Oktober ini.Namun aku masih lagi tidak membuat apa-apa persiapan.Sibuk dengan program luar.Hinggalah berita dari neraka itu menjenguk di muka pintu.Permohonan Visa keluargaku ditolak.Bukan sekali malah dua kali.Memang sebenarnya tiada masalah kerana aku hanya pergi selama 5 atau 6 bulan tidak memerlukan VISA.Jikalau keluargaku tidak ada VISA,berkemungkinan untuk dihantar balik besar peratusannya.Dihalau oleh bangsa penjajah itu sememangnya satu senario yang ingin dibuang jauh-jauh untuk dibayangkan.
Pelbagai usaha dilakukan.Ibuku resah jika terpaksa membatalkan hasratnya untuk membuat penyelidikan di OXCIS(OXford Centre for Islamic Studies).Kementerian Pelajaran Tinggi (MOHE) telah bersetuju untuk membiayai pengajian selama 10 bulan.Bak kata orang putih,"by hook or by crook" maknanya dengan apa cara sekalipun.Kita harus pergi.Demi penyelidikan yang harus diselesaikan,demi dakwah yang harus disebarkan,demi pengalaman yang harus ditimba sebanyak-banyaknya.Aku takjub dengan usaha ayah dan ibu untuk membawa kesemua ahli keluarga ke sana.Sebenarnya,ibu dan ayah sahaja yang wajib pergi.Kami ini sunat sahaja.Namun demi kasih sayang dan tanggungjawab,berhempas-pulas ibu ayah mengorbankan sejumlah besar yang ada untuk menampung perbelanjaan kami meskipun kami orang yang sederhana sahaja.Bukan orang berada.Jauh sekali orang kaya-kaya.
...
Doa dipanjatkan.Solat hajat dikerapkan.Agar dipermudahkan kesemua urusan.Tiba-tiba,ayah memberitahu dalam beberapa hari lagi kita akan ke sana.Kelam-kabut dibuatnya.Baju dibungkus seadanya.Subuh 5 November 2010,kami berangkat dari rumah tercinta.Mengharap pada yang Esa,agar perkenan pada hajat hamba kami yang hina ini.Betul kata kebanyakan orang,bermusafir ini banyak mehnah dan tribulasinya.Aku tinggalkan sahabat-sahabat yang setia,tanggungjawab yang belum selesai,rumahku yang selesa,dan segala-galanya di tangan Allah..
I pray for Allah to ease you and your family out of all those predicaments you are going through.
ReplyDeleteDon't ever forget to express your gratitude towards Him under whatever kind of circumstances.
Allah yubarrik fik.
Love you always.
alhamdulillah ..
ReplyDeletesemoga Allah melindungimu wahai abangku.. =)
semoga bertemu hikmah yang tersembunyi.
ReplyDeletepengalaman yang menarik untuk diamati. insan yang terpilih akan terus diuji!
Nabil-Syukran for the comment,may Allah accepted the du'a.ukhuwwah fillah :)
ReplyDeleteichigo-insya allah,sakit memanjang ni,badan tak kuat sgt :)
ReplyDeleteaminah-rima yang sekata,ana bukan insan terpilih,tapi akan tetap diuji.
ReplyDelete