Malam 5 November
Setelah selesai urusan imigresen,kami terus mengambil bagasi di bahagian pengambilan.Suhu di dalam lapangan terbang agak hangat,mungkin kerana dipasang pemanas(heater) di dalam lapangan terbang ini.Rupanya ketibaan kami disambut seorang saudara bernama Zaid.Kami bertukar-tukar cerita tentang Malaysia dan UK.
...
"Minta diri sekejap,hendak solat sebentar"
"Eh,sekarang pukul berapa?"
"Pukul 5 petang,bila masuk 'winter' musim sejuk,masa akan bertukar.Siang bertambah pendek dan malam menjadi lebih panjang.Pukul 4 petang rasanya sudah gelap." terang Abang Zaid.
"Kami rasanya jama' ta'khir" ujar Ayah.
...
Di luar perkarangan Lapangan Terbang Heathrow,London |
Aku menumpang kereta saudara Zaid berjenama Vauxhall Astra.Jenama kereta di sini barangkali.Kelihatan dia mengeluarkan satu benda berbentuk kotak dilekatkan di cermin.Selepas mengamatinya dengan teliti.Oh ini GPS!(Global Positioning System) berjenama Navman.
"Dengan 'GPS' ni,perjalanan menjadi lebih mudah,hanya letakkan alamat yang hendak dituju.Dia akan menunjukkan jalan dengan sangat 'detail'.
Pada hematku,memang tidak diragukan lagi 'pros'nya(kelebihannya) 'GPS' memudahkan perjalanan,akan tetapi 'cons'nya pemandu yang terlalu bergantung kepada 'GPS' kebarangkalian akan tidak pandai membaca peta dan menggunakannya.Jadi gunakanlah sebaik-baiknya.Kita guna dua-dua.
"Tinggal di mana saudara?"
"Oh,tinggal berdekatan dengan Wembley Stadium,tahu kan?Selalu kalau ada perlawanan 'national' mereka buat di sini."
"Pernah tengok perlawanan bola dekat sini?"
"Oh,pernah.Sekali saja.Kira-kira kalau dalam ringgit Malaysia,RM 350 ringgit sekali masuk."
...
ٱللَّهُ خَـٰلِقُ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ وَكِيلٌ۬ (٦٢)Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dialah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya. (62)
Malam pekat menyelubungi London.Angin sejuk berhembus dengan girang sepoi-sepoi bahasa.Kelihatan pokok-pokok meluruhkan daun-daunnya lesu.Kedatangan 'winter' seakan-akan digeruni alam semesta.Seakan-akan musim 'autumn' mengaku kalah kepada musim 'winter'.Menyerahkan amanah untuk melangsungkan perjalanan fitrah alam.Pusingan musim sejak zaman-berzaman.Sejuk membeku.Suhu pada malam ini mungkin 3'c.
Setibanya kami Milestone House |
Dari London,saudara Zaid membawa kami menelusuri jalan menuju East London.Melalui pekan Eeling,seterusnya ke Milestone Hill.Untuk menumpang di rumah kawan ayah di sana.
Selepas 30 minit perjalanan,kami tiba di sana.Dijamunya kami.Diberi tempat tidur.Rumah di sini agak mewah.Mungkin mencecah sewanya 6000 paun sebulan.Rasanya kami tidak mampu duduk di rumah seperti ini.Terlalu selesa dan mewah.Mungkin sesuai dengan pakcik ini kerana di tauke Shell di sini.Sudah 6 tahun menetap di sini.Padanlah dengan kerjayanya.
...
Pagi 6 November
Pintu dibuka.Kami segera keluar. |
Seusainya solat subuh,mentari pagi pun menyinarkan sinarnya dari ufuk timur.Memberi sedikit vitamin kepada makhluk Allah s.w.t.Memberikan harapan dan motivasi untuk menjalani kehidupan di siang hari.Namun di London,ajaibnya cuaca di sini tetap sejuk meskipun cahaya matahari memancar begitu terik.Kami begitu teruja untuk keluar merasai kesejukan pagi sambil mengambil beberapa gambar.Melihat pokok-pokok berwarna kemerah-merahan,kuning-kekuningan.Seakan-akan dilukis sebegitu rupa.Maka benarlah firman Allah:
وَإِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهٌ۬ وَٲحِدٌ۬ۖ لَّآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ ٱلرَّحِيمُ (١٦٣) إِنَّ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَـٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّهَارِ وَٱلۡفُلۡكِ ٱلَّتِى تَجۡرِى فِى ٱلۡبَحۡرِ بِمَا يَنفَعُ ٱلنَّاسَ وَمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مِن مَّآءٍ۬ فَأَحۡيَا بِهِ ٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ مَوۡتِہَا وَبَثَّ فِيہَا مِن ڪُلِّ دَآبَّةٍ۬ وَتَصۡرِيفِ ٱلرِّيَـٰحِ وَٱلسَّحَابِ ٱلۡمُسَخَّرِ بَيۡنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَعۡقِلُونَ (١٦٤)
Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. Al-Baqarah(163-164)
Salam, macam best jer pergi sana, agak-agak suhu bape kat situ..huhu
ReplyDeletebaru skrg nk tulis kt blog ye..bagus2..
ReplyDeleteIsyraf-Wasalam,memang best,sampai-sampai terus lelah,baik sekejap,batuk pulak,suhu sekarang sekitar 6-4'c kalau siang,kalau malam mungkin 2-(-1)'c.Agak sejuk.Pakai berlapis-lapis baju macam kuih lapis
ReplyDeleteMas Syarep-baru sekarang mengada nak tulis,kongsi-kongsi apa yang patut dikongsi,harap dapat update blog ye sarep :)
ReplyDelete