Kerapkali saya mengingatkan diri saya bahawa ini bukan sekadar pelancongan,cuti-cuti beristirehat,namun nafsu saya selalu memberontak pada aqal yang saling memberikan hujah.Selepas seminggu kami 'settle down',pada hujung minggu kami terus berangkat ke Nottingham.Alhamdulillah sempat saya berkenalan dengan ramai pelajar-pelajar dari pelusuk United Kingdom ini.Ada yang dari Belfast,ada yang dari Newcastle,ada yang dari Birmingham,ada yang dari Edinburgh dan banyak lagi.
Kata sahabat saya:
Mereka ini adalah pelajar bijak pandai,bukan sembarangan orang untuk dilekeh-lekehkan.Akhlaq islami yang ditunjukkan para mukhlisin dalam dakwah ini telah menauti hati mereka dengan ikatan yang tidak pernah terlepaskan.Mengapa mereka sanggup untuk hadir ke program berat-berat ini dan boleh dikatakan tiada langsung kaitan dengan 'course' yang mereka ambil di universiti masing-masing?Mereka belajar tentang Fiqh Al-Ikhtilat,mereka belajar bagaimana untuk menjadi Muslim yang sejati,kerna apa?Kerana mereka ingin mengikuti jejak langkah Nabi Muhammad s.aw dan para Sahabah yang mulia.Mereka memilih jalan ini kerana yakin yang 'method' jalan ini yang 'tawazun',tidak melampaui batas dan selari dengan fitrah mereka sebagai manusia.
Pada masa yang sama,mereka sanggup bersusah-payah menghadiri program ini berbatu-batu jauhnya dari tempat mereka.Ada yang menaiki kapal terbang(flight),lalu menaiki tren.Tidak kurang yang menghabiskan berliter-liter minyak petrol menaiki kereta merentas negeri-negeri untuk sampai ke sini.Sungguh saya kagum,kerana mereka dahagakan ilmu,dan sangat menghargai persahabatan(ukhuwwah) kerana Allah.Mereka dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat dari 'courses' yang berlainan dari tempat-tempat yang berbeza.Makan dalam talam,tidur seadanya di atas lantai bersama-sama,dan saling bantu-membantu untuk mencapai objektif di dalam program ini.Kesusahan itu membina jiwa,menguatkan jati diri,melatih diri untuk tidak larut dalam kesenangan.
Sekarang baru saya faham daripada mana aura luarbiasa pelajar-pelajar luar negara yang hidup dalam Islam berbanding pelajar dalam negara.Kepada pelajar dalam negara,anda harus mencari peluang selepas degree untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.Membuka fikiran,meluaskan skop pandangan tentang isu dan perkara di sekeliling kita.
***
Cukup dengan cerita mereka di Nottingham,berbalik kepada cerita saya di Oxford.Sedar tidak sedar kami sudah terlalu dekat dengan Eid.Puas kami berfikir di manakah akan kami solat raya 'Eid Adha?Rupa-rupanya Persatuan Pelajar Saudi dan Brunei mengadakan program Eid Adha di Kassam Stadium berdekatan dengan Grenoble Road.Jauhnya bukan kepalang kalau jalan kaki,silap-silap semua jatuh sakit kerana kesejukan dan kelelahan.
Saya mahu cerita kepada kalian satu perkara,di sini anda sangat-sangat menghargai saudara Muslim di sini.Tiada orang lain yang anda akan sangat mengharapkan bantuan dan kepercayaan melaikan orang yang seaqidah dengan kita.Kami dipinjamkan kereta BMW X5 untuk ke sana.Jiran kami di sebelah terkejut.Kaya betul orang sebelah ni!
'Eid Adha di Kassam Stadium
* Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
Kami bertolak awal kerana takut tersesat.Silap-silap kami solat Zuhur sahaja,solat raya terlepas.Segala puji bagi Allah,kami juga dipinjamkan GPS,jenamanya TomTom.Agak kelakar bunyinya.TomTom.Rupa-rupanya kami tiba terlalu awal.Solat di Stadium.Rasanya nak main bola pun boleh.Nasib baik tak buat dekat tengah stadium,nanti ada pulak budak-budak main bola waktu khutbah.Program diadakan di Conference Room.Tingkat bawah untuk jamuan.Tingkat atas pula untuk solat dan program.
Kami tercegat di luar stadium berdekatan tempat parking.Tiba-tiba seorang pak arab menegur kami.Dengan ramah,dia menjemput kami masuk.Jam menunjukkan pukul 8 pagi.Selepas masuk,ibu dan adik perempuan duduk di bahagian belakang dan saya bersama adik-adik lelaki duduk di bahagian hadapan bersama ayah.Kelihatan mulai ramai jemaah hadir.Kebanyakan daripada saudara Arab dan Brunei.
Setelah itu,kami mulai bertakbir,Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!Lailahaillallah.Dengarnya sangat garang dan tegas notnya.Lain sekali dengan Malaysia.Tonanya agak melankolik.Dengan mereka anda bertakbir dengan penuh semangat,semacam perasaannya baru pulang dari Perang Tabuk.Agak berapa lama,MC memberitahu bahawa kita harus memberi peluang kepada mereka yang datang lambat kerana cuaca yang agak sejuk dan membeku.Oh!lupa untuk saya memberitahu cuaca di luar kelihatan berkabus dan beku.
Seusai solat 'Eid,kami dijemput untuk turun mengambil makanan.Kanak-kanak dijemput untuk duduk di atas kerana pelbagai program menarik untuk mereka disediakan.Semacam pesta di sini.Di Malaysia,'Eid Adha ini tidak meriah,sembelih lembu,bagi sana,bagi sini.Habis.Kecuali di Kelantan dan Terengganu.Kami dijamu nasi arab,atau nasi putih,lauknya samaada ayam atau kambing lalu ditambah kuih atau manisan arab,ditambah kek serta tidak lupa jus oren.Ruang makan di bawah kelihatan sangat padat.Kami terpaksa beratur panjang.Kanak-kanak bermain dengan sangat gembira di atas,Para ibu bapa bertemu sanak-saudara,kawan-kawan beramah-mesra.
Sungguh ini satu pengalaman yang cukup mengesankan.Dan tidak lupa saudara-saudara kami di dalam ingatan,Palestin,Afghanistan,Thailand dan di mana-manapun saudara semuslim kami yang tidak dapat meraikan 'Eid seperti kami.