Thursday, 5 September 2013

Urdun (Jordan) itu bumi Syam

       


    Akhirnya adikku akan melanjutkan pelajaran ke Jordan. Setelah abangku ke Mesir, maka dia menuruti langkah ke bumi Arab juga. Dia jenis yang sempoi (bajet) dan brilliant otak dia, cepat pickup sikit. Mungkin kelebihannya itu buat aku sedikit cemburu. Iyalah sejak dari darjah 6 kulihat balik sekolah sama macam aku juga. Main-main tapi tup-tap keluar result dapat 5A. Mungkin di kelas dia dapat tangkap cepat. Sama juga PMR 8A. Menghafal 30Juzu' Al-Quran. Dan SPM juga melambung tinggi keputusannya 11A. Ibu Ayah manakah yang tak terkata bangga. Dan aku tersepit di antara dua. Abangku yang rajin dan adikku yang pintar. Dan aku? Malas dan manja. Teruk-teruk.

      Saya masih ingat lagi. Dulu sedikit jeles bila dapat adik ke-3, almaklumlah dah 4 tahun dimanjakan rasanya. Tapi beransur saya belajar menjadi abang. Disebabkan abang yang kat Mesir tu kat sana bertahun-tahun. Terpaksalah jadi chief in command! Tapi saya ni kurang tegas berbanding abang saya. Selalunya saya kena buli. Tapi dengan cara saya tersendiri, saya berhasil melenturkan hati mereka sedikit demi sedikit. Yang saya belajar hormat itu bukan melalui paksaan tapi dengan contoh dan tauladan. Yalah, muka saya macam budak-budak kan? Hehe.

     Oh, dia ni sejak masuk asrama boleh kata degil sikit. Dulu kat rumah ikut je sepatah-sepatah apa umi baba suruh. Mungkin pengaruh asrama sedikit sebanyak, tapi saya lagi degil sebenarnya. Tak boleh celen punye. Haih. Tapi saya rasa dia ni mudah diapproach tapi jangan buat gaduh sudahlah. Ramai kawan hantar dia tadi di Airport. Jeles. Dulu dia lagi kecik dari saya, sekarang lagi tinggi. Tensen. Nak cerita apa sebenarnya apa ya? Oh Jordan itu punyai banyak ilmu khazanahnya. Dan kos sara hidup boleh tahan tinggi juga. Ulama bertebaran tinggal diri bersungguh untuk menghadap syeikh di tiang-tiang masjid.

Oh akhir kata, Jordan itu bumi Syam dan aku bersyukur dia menuntut ilmu di sana. Sayonara desu! :)

No comments :

Post a Comment

Lontarkanlah pendapat,insha allah boleh diterima dgn hati terbuka,Onegaishimasu! :)