Jetlag
Sejak kepulangan saya dari bumi kinanah sana, badan tidak berapa nak adapt lagi dengan Malaysia. Allahurabbi sakitnya hidung! Bersin tak henti-henti. Adik pula pasang aircond tahap sejuk Oxford pula dalam bilik setiap masa. Di Mesir hidung sihat-sihat sahaja. Malam pula asyik berguling-guling atas katil. Tak dapat lelapkan mata. Dalam 1 minggu ke 2 minggu jetlag akibat perbezaan masa yang begitu ketara. Jadinya di waktu siang jadi panda. Makan dan tidur. Hibernate istilah tepatnya.
Masa Kecederaan
Pernah tak saudara rasa waktu-waktu kecederaan baru nak siapkan semua benda? Bila jetlag mulai surut. Baru perasan banyaknya benda kene settlekan. Tak kemas baju lagi (rumah dekat), program yang saya conduct akan mula kurang daripada masa sebulan, buku-buku dan sesi add and drop yang tergesa-gesa. Jadinya agak kelam-kabut di situ. Orang kata kita kena susun masa sebaiknya.Saya dah lali dengan tazkirah Surah Al-Asr tentang masa, peribahasa Arab tentang masa, dan petikan-petikan kata motivasi tentang masa, akan tetapi kalau diri masih tidak berubah, kurang efektif juga. Jadinya saya mula dengan diri saya sendiri, sedikit-demi sedikit. Bukan senang nak ubah habit dua bulan di Mesir. Kata abang, dah kena angin malas Mesir.
Inferiority Complex
Aha, saya suka dengan word ni. Kawan saya yang super genius Halim Zin sewaktu tingkatan 5 pernah syarah saya istilah ni. Ini satu perasaan bila kita rasa rendah diri yang amat sangat. Walaupun kita mampu buat sesuatu perkara atau berjumpa dengan orang-orang yang kita tak biasa atau lebih sedikit kelebihan berbanding kita, kita akan rasa malu dan rasa tak mampu. Entah macam mana saya accept juga proposal untuk jadi program manager dan semestinya saya kena jumpa pensyarah untuk meminta tandatangan dan consult segala bagai tentang program ni.
Selepas bincang dengan Kak Zana, dia kelihatan agak risau.
"Kamu ni ada orang nak tolong ke? Komiti boleh tolong kamu?"
Saya mengeluh dalam hati.
Mainboard committee hari sudah dah berjumpa dengan advisors dan dah jadi demotivated. Manakan tidak, mereka langsung tak memberi penerangan dan bimbingan malah terus memandang rendah kawan-kawan saya. Katanya orang yang sudah pergi ke Jogja lebih layak untuk menguruskan program ni.
Tiba-tiba Kak Zana suruh saya berjumpa Dr. Iqbal! Pensyarah yang paling saya geruni. Dup Dap, saya fikir kejap. Dia terus mencapai telefon dan meminta izin Dr. Iqbal untuk sesi nasihat. Allahurabbi, dengan langkah yang berat saya menurut sahaja.Nasihat
Kebanyakan soalan Dr tidak dapat saya jawab dengan yakin. Ini kerana paperwork yang saya draft telah berubah hampir 80 peratus. Dan saya masih kena rujuk Bro Syaufiq kerana banyak perubahan berlaku.
"Kamu ni, kata nak jadi International Leaders, semua benda tak confirm lagi." Padu.
Dan kemudian dia cerita pasal Syiah,Wahabi,Salafi dan keadaan umat islam yang sangat tak professional.
"Ooo di FB sedap petik ayat Quran, ulas hadis Nabi (s.a.w), kononnya alim. Semuanya plastik, superficial. " saya jadi serba salah nak gelak ke atau malu.
"Kata sesama muslim, tapi tengok banyak benda bercanggah. Saya kesian kamu. Orang atas asyik bergaduh dan tukar sana sini, akhirnya kamu pening dan semua tak mengaku salah mereka."
"Minta maaflah saya sembur kamu sebab kamu datang jumpa saya. Sepatutnya saya yang kena nasihat Ketua Biro PR dan Bro Syaufiq dulu baru kamu. Kenapa mereka tak jumpa saya awal-awal?"
"Saya minta kamu sampaikan pada mereka. Bawa mereka jumpa saya isnin depan."
Fullstop."Minta maaflah saya sembur kamu sebab kamu datang jumpa saya. Sepatutnya saya yang kena nasihat Ketua Biro PR dan Bro Syaufiq dulu baru kamu. Kenapa mereka tak jumpa saya awal-awal?"
"Saya minta kamu sampaikan pada mereka. Bawa mereka jumpa saya isnin depan."
p/s: Ujian. Dan saya sahut cabaran ini. Moga ditemukan jalan dan Allah sebaik-baik Penolong segala permasalahan. Oh, please jangan tangguh benda yang sepatutnya boleh selesai hari ini. Salam Jumaat,jangan lupa al-kahfi. Gambatte!