Saturday, 10 December 2011

I'tibar daripada Prof Dr. HAMKA

Memang klasik
Entah mengapa kebelakangan ini jiwa saya ini menggebu-gebu jadinya. Kerana letih bergelut dalam isu kontroversi,jadi saya mengambil keputusan mencari subjek yang lain. Jadi saya mengambil keputusan untuk menulis hal-hal yang biasa. Hati saya tercari-cari perkataan yang indah buat rohani, karya-karya penyejuk hati yang bisa mengubat hati selain solat dan tazkiah. Oh sebenarnya saya ingin kongsikan karya Syeikh kita HAMKA. HAMKA itu nama penanya dan merupakan singkatan daripada namanya.Mengapa terdetik tiba-tiba untuk mengulas tentang pak HAMKA ni?Entah.Tapi kisahnya begini.

Dalam kelas Tort, pensyarah saya Dr Sonny Zulhuda bertanyakan jika ada soalan tambahan sebelum mengakhiri kelas.Tiba-tiba seorang kawan sekelas saya bertanyakan mewakilkan soalan daripada temannya.

"Kenapa perlu wakil?"
"Dia malu Dokter"
"Nama siapa?"
"Nor Hayati (kalau tidak silap)
"Hayati..kalau tidak silap saya dalam karya pak HAMKA,Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck watak heroinnya adalah Hayati. 

"Buku ini mengisahkan cinta tidak kesampaian seorang pemuda kampung miskin yang tidak punya saudara bernama Zainuddin terhadap seorang gadis daripada keluarga ternama bernama Hayati. Namun cinta mereka tidak mendapat restu keluarga Hayati. Pinangan Zainudin ditolak, dan Hayati dijodohkan dengan pemuda pilihan keluarga bernama Aziz yang dikatakan lebih layak." kata Dr.

Maka saya terus mencari Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck di Perpustakaan. Terus saya menuju ke Komputer 'OPAC' untuk mencari.
"No result has been found'
Hampeh,jadi saya menaip tajuk buku untuk membaca sinopisnya dahulu.

Cerita cinta ini disampaikan kepada pembaca melalui surat-surat yang ditulis oleh Zainuddin dan Hayati. Membaca surat-surat ini akan membawa kita terbang jauh ke dasar hati mereka. Sebuah cerita yang menyayat hati. Berkisar tentang pangkat dan darjat. Antara kekuatan jiwa, keimanan dan tuntutan nafsu.

Rupanya karya ini adalah saduran daripada "Sous Les Tilleuls" tetapi disesuaikan dengan adat dan budaya.Tetapi hanya yang saya jumpa adalah Di Bawah Lindungan Ka'abah.HAMKA memberitahu bahawa cinta itu biasanya tumbuh daripada ketulusan budi,dan kehalusan peribadi. Bahkan itulah yang dinilai Sayyidatina Khadijah daripada Nabi kita Muhammad s.a.w. Cinta yang suci itulah yang membawa kedua-duanya ke syurga.

Kata Hamid kepada ibundanya:

"Kecintaan anakanda kepadanya, bukan mencintai tubuhnya dan bentuk badannya, tetapi jiwa anakandalah yang mencintai jiwanya. Kecintaan anakanda bukan pula kerana kepandaian menyusun surat-surat kiriman. Kebebasan pergaulan bisa ditutupi dengan perangai yang dibuat-buat dan kepintaran mengarang surat dapat pula menyembunyikan kepalsuan hati.Anakanda mencintai Zainab kerana budinya; di dalam matanya ada terkandung suatu lukisan hati yang suci dan bersih."

No comments :

Post a Comment

Lontarkanlah pendapat,insha allah boleh diterima dgn hati terbuka,Onegaishimasu! :)