Kedudukan agama Islam semakin terancam di negara ini kerana sikap pemimpin Islam yang tidak berusaha mempertahankan agama itu.
Menurut Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abd Rahman (gambar) agama Islam adalah agama Persekutuan seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan Negara dan agama lain tidak boleh disebarkan kepada penganut Islam.
“Sikap pemimpin Islam yang bermasalah, mereka tidak pertahankan Islam ... apa yang mereka pentingkan adalah undi itu sahaja.
“Selain itu, kalau kita lihat fahaman liberalisme yang semakin menular dalam masyarakat juga menjadi punca mengapa Islam semakin terancam sedangkan ia adalah agama negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk “Ancaman terhadap Kedudukan Islam di Malaysia' di seminar Mendaulatkan Islam - Agama Negara di Masjid Negeri Shah Alam pada Rabu.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Dr Yusri Mohamad berkata dalam Perlembagaan Persekutuan telah dijamin bahawa (mana-mana) kerajaan harus mempertahankan, mendaulautkan dan memperkasakan agama Islam di negara ini.
“Selain itu, pemerintahan negara juga perlu berlandaskan kepada ajaran Islam dan dengan itu baru tiada pihak yang mempersoalkan kedudukan agama Islam sebagai agama negara,” katanya.
Menurut bekas Presiden ABIM itu, masa depan Islam akan tergadai sekiranya kepimpinan negara yang beragama Islam tidak berusaha mempertahankan, memartabatkan dan mendaulatkannya sebagai agama (idealogi) negara.
Sementara itu, Ahli Lembaga Penyimpan Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI), Mahamad Naser Disa berkata kedudukan agama Islam semakin terhakis berikutan cubaan pihak tertentu untuk menyebarkan agama masing-masing kepada umat Islam.
“Kalau betul ada usaha-usaha untuk memurtadkan umat Islam mengapa kita harus diam, kita perlu bangun menyatakan pendirian kita.Jelas Mahamad Naser, beliau kesal dengan sikap pemerintah yang tidak melaksanakan pentadbiran negara mengikut ajaran Islam.
“Tapi apabila kita bersuara, dikatakan kita rasis, ini bukan soal rasis atau tidak tapi mana-mana agama tidak boleh disebarkan kepada umat Islam seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
“Dalam Perlembagaan Persekutuan sudah jelas, agama Islam adalah agama negara dan mana-mana agama lain boleh diamalkan tapi tidak boleh disebarkan,” katanya.Bagi, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar pula berkata, undang-undang negara juga perlu berlandaskan kepada ajaran Islam.
“Semua perkara yang kita lakukan perlu berlandaskan ajaran Islam, berlandaskan al-Quran ... ini yang perlu ditekankan selain Perlembagaan Persekutuan juga.Seminar sehari ini adalah untuk menyemarakkan kefahaman masyarakat umum tentang kedudukan istimewa Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti yang telah termaktub di dalam sejarah dan lembaran kemerdekaan Negara, serta mewujudkan kesedaran tentang cabaran-cabaran yang sedang melanda dalam usaha mempertahankan kesucian aqidah umat Islam di Negara ini
“Walaupun kita lihat undang-undang itu ada tapi pelaksanaannya itu tiada, sepatutnya semua yang kita lakukan perlu berlandaskan ajaran Islam,” katanya.
Ia dimulakan dengan perasmian oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Dato’ Setia Mohamad Adzib Bin Mohd Isa, dan diakhiri dengan forum “Mempertahankan kesucian
Aqidah Islam” yang dihadiri lebih 300 orang.-17/8/2011
- Artikel ini dipetik dari AgendaDaily
No comments :
Post a Comment
Lontarkanlah pendapat,insha allah boleh diterima dgn hati terbuka,Onegaishimasu! :)