Thursday, 18 August 2011

Cerita JAIS dan Serbuan? [Versi lain]

 Ini cerita saya.
Saya dengar dari Peguam Kanan Negara.
...


Pihak JAIS mendapat maklumat ada orang islam yang berbuka puasa bersama dengan orang Kristian di Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya.Jadi mereka pun datang 'join sekaki' majlis itu.Tiada serbuan,tiada kejutan.

Rupa-rupanya mereka meraikan Majlis Thanksgiving Dinner meraikan orang-orang Islam yang 'convert' kepada Kristian.Alang-alang berbuka sekali jawabnya.Lebih kurang testimoni.Ini bukan gereja,tapi di dewan Komuniti Yayasan Harapan.Biasalah bila mereka nak buat gereja,perlu kelulusan PBT.Susah nak lulus,mereka buat tempat-tempat kebajikan atas nama Gereja mereka.

"My name is etc..."
"My family is very religious..."

Bila dah habis testimoni,JAIS nak buat pemeriksaan.Habis berterabur lari orang Islam.Koyak Artikel Bible bahasa Melayu.Bincang punya bincang dapat serah 12 orang.Bukan semuanya ibu tunggal.Seorang sahaja ibu tunggal,yang lain suami isteri tunggal.

Ada seorang ibu ni,kerja dia bawak van.Mungkin pendapatan RM200 sehari selalunya.Tapi mereka bagi upah RM 400 selalu.Bila dah macam itu,aqidah pun layu.Mereka selalu ajak ke majlis-majlis mereka.Bukan sebab duit sahaja.

"Mereka guna juga subhanallah,alhamdulillah,allahuakbar,sama juga dengan Islam,apa salahnya?" kata seorang ibu ni.

Hakikatnya di dalam lagu-lagu memuji Allah,mereka mengakui Al-Masih anak tuhan!

Dan saya lihat matlamat gereja ini:
 
1.To evangelise(kristiankan) Klang Valley
*Mereka berpandangan jauh.

 Jadi saya minta,semua pihak mainkan peranan masing-masing.Pendakwah pemulihan aqidah,Para peguam,Cikgu-cikgu,Ahli Politik untuk memberi kefahaman kepada semua pihak supaya melaksanakan undang-undang Islam yang sudah termaktub di Perlembagaan tapi tidak dilaksanakan.Tidak dikembangkan dan ditafsirkan.Ini kerana umat Islam masih lemah.Namun kita bertuah kerana Perkara 3(1) selamatkan kita daripada pemurtadan besar-besaran.Bukti?

1.Undang-undang UNHR (Hak Asasi Manusia) mengatakan Kanak-kanak umur 18 tahun ke bawah tidak wajib dididik mengikut agama ibu dan bapa.Mereka bebas memilih agama masing-masing.

Malaysia membidas mengatakan tidak boleh dilaksanakan kerana di dalam Perlembagaan kami Article 3(1) Islam is the religion of the Federation.Tak boleh ganggu.Mereka terima.

Solusi?
1.Perkukuhkan NGO Islam,satukan semua NGO untuk hadapi isu murtad dan perancangan strategi untuk pemulihan dan pencegahan.
2.Pihak Perundangan akan cuba berhujah untuk meletakkan Islam sebagai undang-undang tertinggi dan boleh membatalkan 'verdict' Mahkamah Sivil.
  
... 

Ini dia punya cerita.Saya tak boleh ceritakan cerita saya sebab saya tak 'deal' secara langsung.Sekian.

Kebenaran yang pahit

Islam hari ini,
bisa jadi seperti bola
pabila menguntungkan diri
digelecek sana sini
jika tidak untung,
disepak melambung tinggi

Islam hari ini,
menjadi boneka politik
diarah ke sana ke mari
menjadi mainan bahan ketawa
para kuffar punyai agenda tersembunyi
  
Kebenaran itu amat pahit.Melainkan jika anda tidak mahu menelannya.Ditakdirkan Allah,kebetulan ada Forum Selamatkan Aqidah Islam.Ada orang kata ini program 'UMNO'.Program Kerajaan.Kedengaran suara sumbang,sana-sini menghentam usaha-usaha untuk membela Islam.Apa salahnya kalau kita nak juga sokong pembangkang,sokong juga mendaulatkan Islam di tanah air kita ni tidak kira partai?

Saya tak nafikan kita harus berikan peluang untuk berdakwah kepada non-muslim.Saya tak memandang remeh dakwah kepada non-muslim.Semoga Allah memberkati usaha-usaha mereka.Tapi ini isu aqidah umat islam yang goyah.Apakah usaha kita dalam memperbaiki aqidah umat Islam?Adakah boleh lagi kita beri muka kepada mereka ini?Mereka bukan sekadar untuk mengembangkan agama Kristian,tetapi melemahkan aqidah umat islam,membangun sistem Liberasi di negara ini.Sekular.Rancangan Puak IFC untuk lihat umat bertelagah,melatah dan sebagainya.

Ni bukan isu rascist,extremist.Bukan juga isu tak pentingkan dakwah kepada non-muslim.Tapi ini isu bagaimana boleh bantu untuk perkuatkan aqidah umat Islam.Jadi di mana kesatuan kita dalam hal ini?Mohon faham.

     Forum Selamatkan Aqidah Umat Islam

Dr.Yusry (Presiden PEMBELA)
 "Isunya apakah tindakan kita untuk bertindak,menyelamatkan aqidah umat Islam"

Jikalau penggerak-penggerak Islam diam membisu di dalam hal ini,umat Islam akan mengambil pendapat-pendapat pemimpin politik yang mempermainkan Islam secara sewenang-wenangnya.
 
Tn.Hj Mahamad Naser Mohd Disa(DAMAI dan Penasihat Jabatan Syariah Peguam Negara)
"Jaminan perlembagaan tak akan berhasil kalau orang politik nanti nak ubah peruntukan agama Islam.Kebanyakan daripada penggerak-penggerak Islam tidak hormat kepada perlembagaan(nanti saya cerita kenapa perlu hormat).

Kontrak Sosial-Kita harus menerima kaum dan agama lain,saya setuju.

Article 3(1) Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation.

Tapi apabila timbul isu begini,bercanggah dengan Article 11(4):

State law and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur and Labuan, federal law may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam.
Apabila JAIS buat siasatan,dianggap sebagai badan kerajaan,walhal JAIS dan MAIS adalah di bawah kuasa sultan.Bukan kerajaan negeri.Ramai kata 'corrupt' dan tak beradab.Bila partai ini kritik,kita pun turut sama kritik.Saya minta jangan Islam dipolitikkan.

Dato' Zainur Rijal(Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia)

Dia kata ramai orang salah faham tentang perlembagaan.
'Perlembagaan sebagai alat untuk mencapai mardhotillah.Untuk meletakkan Islam sebagai tinggi di atas segala-gala yang lain.Islam ya'lu wala yu'la alaih'
Kesalahan mengembangkan Agama bukan Islam kepada orang Islam tertakluk kepada Seksyen 57,Enakmen Syariah.Namun tak cukup undang-undang sahaja.Perlu perbaiki sistem pendidikan,politik,sosial.

Saya harap sedikit sebanyak dapat beri pencerahan kepada kawan-kawan yang mungkin tak faham apa yang saya faham.
Ini bukan isu parti mana,jemaah mana.Ini isu kita bersama.
Kalau tak setuju,tidak mengapa insya allah sama-sama kita berusaha untuk memperbaiki Islam.Jikalau ada terkasar bahasa,maaf.Sekian.

Islam terancam kerana ada pemimpin yang pentingkan 'undi

Kedudukan agama Islam semakin terancam di negara ini kerana sikap pemimpin Islam yang tidak berusaha mempertahankan agama itu.
Menurut Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abd Rahman (gambar) agama Islam adalah agama Persekutuan seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan Negara dan agama lain tidak boleh disebarkan kepada penganut Islam.

“Sikap pemimpin Islam yang bermasalah, mereka tidak pertahankan Islam ... apa yang mereka pentingkan adalah undi itu sahaja.
“Selain itu, kalau kita lihat fahaman liberalisme yang semakin menular dalam masyarakat juga menjadi punca mengapa Islam semakin terancam sedangkan ia adalah agama negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk “Ancaman terhadap Kedudukan Islam di Malaysia' di seminar Mendaulatkan Islam - Agama Negara di Masjid Negeri Shah Alam pada Rabu.

Sementara itu,  Presiden Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Dr Yusri Mohamad berkata dalam Perlembagaan Persekutuan telah dijamin bahawa (mana-mana) kerajaan harus mempertahankan, mendaulautkan dan memperkasakan agama Islam di negara ini.

“Selain itu, pemerintahan negara juga perlu berlandaskan kepada ajaran Islam dan dengan itu baru tiada pihak yang mempersoalkan kedudukan agama Islam sebagai agama negara,” katanya.

Menurut bekas Presiden ABIM itu,  masa depan Islam akan tergadai sekiranya kepimpinan negara yang beragama Islam tidak berusaha mempertahankan, memartabatkan dan mendaulatkannya sebagai agama (idealogi) negara.

Sementara itu, Ahli Lembaga Penyimpan Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI), Mahamad Naser Disa berkata kedudukan agama Islam semakin terhakis berikutan cubaan pihak tertentu untuk menyebarkan agama masing-masing kepada umat Islam.

“Kalau betul ada usaha-usaha untuk memurtadkan umat Islam mengapa kita harus diam, kita perlu bangun menyatakan pendirian kita.
“Tapi apabila kita bersuara, dikatakan kita rasis, ini bukan soal rasis atau tidak tapi mana-mana agama tidak boleh disebarkan kepada umat Islam seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Jelas Mahamad Naser, beliau kesal dengan sikap pemerintah yang tidak melaksanakan pentadbiran negara mengikut ajaran Islam.
“Dalam Perlembagaan Persekutuan sudah jelas, agama Islam adalah agama negara dan mana-mana agama lain boleh diamalkan tapi tidak boleh disebarkan,” katanya.
Bagi, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar pula berkata, undang-undang negara juga perlu berlandaskan kepada ajaran Islam.
“Semua perkara yang kita lakukan perlu berlandaskan ajaran Islam, berlandaskan al-Quran ... ini yang perlu ditekankan selain Perlembagaan Persekutuan juga.
“Walaupun kita lihat undang-undang itu ada tapi pelaksanaannya itu tiada, sepatutnya semua yang kita lakukan perlu berlandaskan ajaran Islam,” katanya.
Seminar sehari ini adalah untuk menyemarakkan kefahaman masyarakat umum tentang kedudukan istimewa Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti yang telah termaktub di dalam sejarah dan lembaran kemerdekaan Negara, serta mewujudkan kesedaran tentang cabaran-cabaran yang sedang melanda dalam usaha mempertahankan kesucian aqidah umat Islam di Negara ini 

Ia dimulakan dengan perasmian oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Dato’ Setia Mohamad Adzib Bin Mohd Isa, dan diakhiri  dengan forum “Mempertahankan kesucian 
Aqidah Islam” yang dihadiri lebih 300 orang.-17/8/2011

- Artikel ini dipetik dari AgendaDaily 

Thursday, 11 August 2011

Efek Ramadhan (part 3)

7.Mujahidun Linafsihi(Bermujahadah)
Rasulullah SAW bersabda, "Di antara kebaikan Islamnya seseorang adalah meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat kepadanya.” (HR Muslim)
Waktu kecik dulu tak pernah terfikir,macam mana mak ayah kita-kita boleh 'steady' pergi kerja walaupun berpuasa.Yang paling kagum,mak kita lah.Pagi-pagi buta dah bangun,nak siapkan sahur untuk si ayah dan anak-anak.Lepas tu,dah siap makanan,kene kejut pulak berhempas-pulas pujuk supaya makan(kalau 'parents' garang,cubit jawabnya).Jadi bila kita jadi 'parent' baru rasa agaknya mujahadah ni.

So kawan-kawan,kita selalu lepak tengok tv mungkin,layan facebook mungkin,main game mungkin,lepak gig ke hape,so Ramadhan ni mungkin jarang-jarang,kadang-kadang kita buat rutin biasa.Mana taknya,asyik mata layu,hati pun sayu.Penat.Tidur berderet-deret jam(saya la tuh),jadi kita kene ada target!

8.Munazhamu fi Syuunihi(Teratur urusan)
Jadi nak sampai target kene teratur.
Ni mungkin untuk tahun depan.Tahun ni melepas.

Contoh
Ramadhan 1433 H 2012
Azam saya:
1.Khatam quran paling kurang sekali
2.Solat wajib tak tinggal
3.Tolong mak memasak kat dapur

1.1
Quran:baca selepas solat/waktu renggang 3 muka.

Ceritalah lebat mana pun,kalau tak plan,memang fail.Kalau boleh prepare waktu bulan 'Rajab' lagi.

"When you fail to plan,you are planning to fail"

To be continued,insha allah :)

Friday, 5 August 2011

Efek Ramadhan (part 2)

Mode on!
Ok,jom sambung cerita :)

4.Qadirun 'Ala Kasbi(Berdikari) 

Zaman kanak-kanak dulu,pelik juga.Setiap kali Ramadhan,mesti buka kaunter depan masjid.Siap bersalam dengan tok imam,kumat-kamit baca akad zakat fitrah.

 Waktu bulan Ramadhan nilah bagi yang dah ada pendapatan kena membayar zakat fitrah.Tapi tak ada mahal sangat mana pun.Lebih-lebih lagi bulan ni digalakkan untuk infaq.Dalam bulan ni pun,ramai yang berbuka puasa bersama-sama iaitu iftar,jadi kena lah keluarkan duit untuk 'support' program atau masjid tuh.

Jadi walau apapun seorang Muslim itu kena lah ada preparation nak bayar zakat fitrah.Kalau bawah tanggungan mak bapak tu lain cerita.Tapi bila dah habis belajar,kenalah berkerja.Untuk bayar zakat fitrah,zakat pendapatan,zakat harta dan macam-macam zakat.Lagi-lagi orang nak buat masjid,lagilah kena kerja kuat :)


5.Muthaqqaful Fikri(Luas pengetahuan) 


Dulu,selalu ragu-ragu puasa ni sah ke tak,sebab selalu telan air liur.Tapi bukan boleh hilang pun rasa lapar.Bila tanya,rupa-rupanya tak batal.Sebab air liur tu semulajadi dah ada dalam badan.Bukan dimasukkan ke dalam kerongkong.Dah dia dah ada kat situ.Tapi janganlah asyik nak telan je memanjang.Kesimpulannya,kene ambil tahu juga fiqh Ramadhan.Tahu 'basic' sah puasa,dan apa yg membatalkan,dan lain-lain perkara yang ada kaitan dengan ibadah puasa.

Kan Ramadhan bulan yang diturunkan Al-Qur'an,

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيْ أُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ
"Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas dari Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka hendaklah orang-orang antara kamu yang menyaksikan (hadir) pada bulan itu, berpuasa;"(Al-Baqarah:185)

 Di sekolah hari yang keempat,
"Eh kau dah juzu' berapa?"
"Aku dah nak masuk juzu' 7 dah" selamba dia menjawab.
"Cepatnya kau baca!" rasa kagum juga cemburu.
"Adik-beradik aku lagi lah,kitorg lumba-lumba siapa habis dulu" 

Kami pun galak membaca sampai haus dibuatnya.Berdengung-dengung tak hirau orang lain.Nak kata apa lantak pi la(cakap perlis pulak),asal dapat kejar dia tu.Zaman sekolah dulu mana tau apa,lagi bagus kita baca dan kita hayati.Lagi 'extra' bagus,baca banyak,hayati pun sama banyak la,tapi 'effort' kena lebih.'Prepare' sebulan dua sebelum Ramadhan lagi. 

Bila kita baca Qur'an,kita 'relax' sekejap.Renung-renung sikit makna.Kadang macam bunyi cerita pun ada,ada yang macam marah kita pun ada.Cerita pasal syurga kita suka,cerita neraka sedih pulak.Macam tulah baru bertambah ilmu kita dengan baca Al-Qur'an.Boleh buat pedoman.Bila dah faham,kena ada rasa nak amalkan.Baru bertambah iman.


Kata Rasulullah s.a.w yang mafhumnya,
Barangsiapa bertambah ilmunya akan tetapi dia tidak bertambah imannya, maka dia tidak bertambah kepada Allah kecuali semakin jauh saja.”  (HR Muslim)

6.Qawiyyul Jismi(Sihat Tubuh Badan)


Banyak kutip daripada blog brother UIA ni sebenarnya.Dia ada buat research,dia kata antara kelebihan dan manfaat puasa kepada kesihatan kita:

1. Menyegarkan fizikal dan mental
2. Menghancurkan sisa-sisa racun dan toksin dalam darah
3. Menyegarkan otot-otot dan membuatkan anda lebih bertenaga
4. Menyeimbangkan peredaran darah
5. Tatkala darah terlalu berasid, puasa akan mengalkalikannya semula (sel kanser tidak dapat hidup dalam persekitaran alkali)
6. Turunkan darah tingggi
7. Mencerahkan penglihatan mata

Cop!Katakan ada orang tak puas hati.
"Alah mana dapat la 'research' ni,entah-entah main bubuh je"
"Merepeklah,pakcik aku masuk hospital waktu bulan poselah!"

Mana tidaknya,Waktu sahur melantak nasi dua tiga pinggan.Tak minum air kosong.Lepas tu mungkin banyak tidur siang.Kalau 'qailulah' tidur untuk qiyam malam nanti tak apa,ni siap bantai buat peta memang menyihatkan tubuh badan anda.Waktu nak berbuka,singgah buat 'roadshow' ke bazar-bazar Ramadhan.Sekilo kuih,sejambak lauk,se'tan' air bungkus.Nah,lepas solat tarawih mata dah berpinau.Berbinar-binar nampak katil.
Jadi?
Masak sendiri,makan di rumah.Makan kurma.Berhenti sebelum kenyang.
Bersederhanalah! :)

Rasulullah SAW pernah bersabda,
”Shumu Tashihu!” yang bermaksud,
”Berpuasalah, maka kamu akan menjadi sihat!”

To be continued,insha allah :)

Wednesday, 3 August 2011

Efek Ramadhan (part 1)

Ahlan ya Ramadhan Kareem 1432 H :)

    Cahaya Ramadhan hadir lagi buat kesekian kalinya,memberi sinar harapan,cahaya itu sungguh aneh.Memberikan sedikit kehangatan iman,menyemarakkan semangat untuk beribadah serta meredakan sedikit-sebanyak kegalauan hati yang bercampur-baur.Oh Ramadhan tentunya mendorong kita untuk mengingati Allah,memperbanyakkan bacaan Al-Qur'an dan melakukan amalan-amalan sunat.
     
    Sebenarnya Ramadhan ini sangat membantu kita untuk menjadi muslim yang lebih baik?Macam mana tuh?Saya cerita-cerita dulu,kalau tak faham boleh tanya :)

1.Salimul Aqidah(Aqidah yang sejahtera)

     Seingat saya ketika Darjah 4 baru rasa hendak berpuasa penuh,rasa malu betul dengan kawan-kawan sekolah kalau tak puasa.Di sekolah makan tengahari tak disediakan,tapi kantin dibuka buat mereka-mereka yang puasa 'yangyuk'.Di sekolah muallim-muallimah galakkan murid-muridnya berpuasa.Jenuh mereka menceritakan faedah puasa,yang kami ni mengangguk pura-pura faham.Biasalah baru setahun jagung,nak faham apa.Yang pasti,puasa dapat pahala,masuk syurga.

     Satu juga alasan kuat untuk berpuasa waktu tu,memang siapa yang tak berbuka puasa kena makan lambat sikit berbanding dengan orang yang puasa.Terliur tengok hidangan sedap-sedap diratah habis-habisan orang berpuasa.Yang tak berpuasa tengok ajalah.

    Itulah kawan-kawan sebab apa sebenarnya kita berpuasa.Mudah.Allah yang minta kita berpuasa.Sabdanya dalam Al-Qur'an:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 183                                    "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,"


Boleh saja kita nak curi-curi makan dalam bilik,ataupun minum air senyap-senyap lepas bersukan.Tapi atas dasar keimanan kepada Allah.'He sees you everywhere' jadi kita tak buat benda-benda macamtu sebab kita percaya Allah nampak semua perbuatan kita :) jadi aqidah kita jadi kuat bila berpuasa.tak gitu?

2.Shohihul Ibadah(Ibadah yang benar)

Waktu kecik-kecik dulu,suka betul dapat solat tarawih yang cepat habis dan sikit raka'atnya.Mana tidak,mahu lemah lutut nak 'stay' sampai rakaat 8,inikan pula 20?Nak diceritakan ada masjid buat 8 ada yang buat 20.Masalah tu masalah lama,'ulama pun dah 'setel'kan lama dah.Siapa yang nak buat 8 silakan,siapa nak buat 20 juga silakan.

Tapi kami kanak-kanak riang tak kisah,sebab waktu pakcik-pakcik solat,kami main baling selipar dekat perkarangan masjid UIA.Kami sekeluarga memang kerap solat di situ.Dari dulu sejak umur hingusan sampai entah berapa tingkatan baru 'stop' main.Bajet dah matang.Tapi suasana Masjid Sultan Haji Ahmad Shah itu memang seronok.Imam baca pun sedap.Yang paling sedap kalau imam tu baca qiraat 'Warsh".Tak adalah suara pakcik memekik di celah-celah raka'at,"Sollu 'Alaih!!".Dekat masjid lain ada.hehe.

*Janganlah kita berdebat-debat dalam hal khilaf ni,buatlah ibadah tu sebaik mungkin.Kalau ada dalil ibadah kita lagi bagus,untuk diri kita supaya kita yakin.Selamat beramal! :)

3.Matinul Khuluq(Akhlaq yang mulia)

   Ramai orang yang bukan orang 'surau' yang selalu dilabel sebegitu,berduyun-duyun datang ke masjid untuk menunaikan solat tarawih.Padahal solat tarawih itu solat sunat saja.Bersyukur pada Allah yang meringankan hamba-hambaMu untuk melangkahkan kaki ke masjid.

   Yang panas baran jadi tawadhu' saja.Maklumlah perut kosong,lagi-lagi pula semua malas nak layan angin panas waktu hari tengah panas pulak tuh.Kalau waktu kanak-kanak dulu memang terbaring menggelupur tunggu waktu maghrib.Memang tak ada mood nak buat hal,tenaga 'zero'.

    Puasa ni bukan setakat makan minum.Waktu siang mengumpat sana-sini,sedap mengumpat tambah mengeji pulak.Wah bukan main lagi,habislah pahala puasa macam tu.Kalau tengok tv,tengoklah rancangan Jejak Rasul ke,Dokumentari Ramadhan ke.Kalau budak-budak memang melayan kartun jelah.Bagus sekarang ni ada Upin dan Ipin,ada la jugak mesejnya.Tengok MTV,Melodi,drama cinta melayu memanjang memang habis la puasa kita.Jom sama-sama sucikan jiwa :)

﴿قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا. وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا﴾ [الشمس: 9-10]                                                              Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa, dan sesungguhnya rugilah orang-orang yang mengotorinya.” (Asy-Syams: 9-10)