Thursday, 25 December 2014

.

Seorang pengembara mencari tujuan,
tersesat dalam sahara,
kehidupan

masih adakah huluran tangan
selain kasih rahmat tuhan
hantarkan padaku keampunan
dan jalan keluar

hatiku sepi
aku tak punyai erti 
untuk hidup lagi

Thursday, 3 April 2014

Ditebak seuntai rasa

Seperti not-not piano yang berubah-ubah naik turunnya, begitulah ujian hidup ini.
Dan kali ini aku ditebak rasa. Ketika mana cinta manusia sudah dilempar jauh-jauh ke sudut hati. Namun Dia mengujiku lagi.
Ah, seorang saudari yang kukira sangat sempurna, mempunyai peluang untuk mengenalinya adalah satu penghormatan bagiku yang dhaif ini.
Kisahnya bagaimana untuk diterangkan juga sukar untuk menceritakan.
Saat di mana saudari itu menulis bait-bait kata, maka aku telah ditebak aneh rasa.
Terdetik ingin mengenal, lalu aku membaca peribadinya,
tersenyum dan tertawa tanpa disedari, aku telah terpaut rasa meski tidak bertemu.


Namun, Allah tidak mengizinkan semudah itu,

Keadaan tidak berpihak pada diriku. 
Dan aku serasa lemah melawan takdir.
Jarak memisahkan hati. Alam jauh berbeda.
Dan aku belum upaya, menentukan nasibku sendiri.


Wahai hati,

sekelumit rasa biar hanya kerana Dia,
kasihan dalam diam, bahagia dalam tenang
Segalanya untuk Dia.

Dan aku tenang, jika ini bukan takdirNya untukku.