Pagi merdeka ini, bunyi burung-burung berkicau, cuaca yang mendung di luar, langit pagi mulai cerah dan bunyi pagar dibuka dan manusia mulai keluar samaada untuk bersenam, sarapan atau bersiap-siap ingin ke Dataran Merdeka merayakan hari Kemerdekaan di bumi "tanah tumpahnya darahku" sepertimana di dalam lagu negaraku.
Oh, kurasa pagi-pagi saudara kita tidak seperti kita, di Syria, di Mesir, di Afghanistan, di Iraq, di Palestin, di Myanmar, di mana-mana negara orang Muslim berada.
Dan aku, masih mencari-cari erti merdeka daripada hawa nafsu, penyakit dunia dan segala sifat mazmumah yang semakin hari makin memburuk dan aku, terjebak sama.
Kelihatan aku, dan aku ini yang asalnya daripada bangsa Melayu, punyai sikap malas yang teramat culas.
Dan aku masih mencari erti Merdeka, jikalau punyai erti, buat aku yang masih mencari spirit yang hilang.
31 Ogos 2013
Gombak, Batu Caves