Wednesday, 27 July 2011

Ukhuwwah[sampai ke syurga] part 2

Keempat,jika ia mengundangmu maka penuhilah

                                                   Jom-jom ke Reunion C14

   Setelah melalui tahapan-tahapan di atas,maka hubungan kalian akan semakin erat,suatu saat sahabat Anda akan menghadapi keadaan-keadaan penting,seperti keperluan bantuan,walimatul urus atau yang lain-lain.(Abbas As-Sisi)

   Malam sebelum 'reunion',sibuk kami bertanyakan siapa lagi yang hendak pergi.Meskipun tarikh pendaftaran sudah ditutup,Para AJK bagaikan tidak mengenal lelah,terus bertanyakan,pujuk-memujuk,dan berdoa agar program ini berlangsung dengan jayanya.
   
   Sudah kami jemput di dalam 'facebook' (mukabuku) event ini kepada semua warga Caliph14,namun biasalah yang menggerakkan hati untuk pergi adalah Allah,maka beruntunglah mereka yang mendapatkan berkah dan limpahNya di dalam program ukhuwwah sebegini.

Sehari sebelum..

Kes Pertama
"tut,tut,Assalamualaikum,pergi tak reunion?" tanya seorang AJK
"Ha?Reunion apa pulak?tak tahu pun?
"Bukaklah 'facebook' sikit,kami cerita detail kat situ"
"Ok,syukran"

Kes Kedua
"Assalamualaikum,nak pergi Reunion boleh?" tanya seorang banen.
"Boleh-boleh,tapi kan engkau ada kelas?"
"Tak apa,bukan selalu"
(Tabik spring orang ni macam,ada dua tiga banen yang terpaksa tak hadir kelas semata-mata untuk menjayakan program ni)

 
                                                    Lepak-lepak di tepi pantai
Kelima,jika ia bersin dan ucapkan 'hamdalah',maka jawablah 'yarhamukallah.(Doakan)

    Duduk bersebelahan dengan siapa pun,apabila dia bersin maka hendaklah kita menoleh dengan wajah berseri lalu mengucapkan 'yarhamukallah' (mudah-mudahkan Allah memberi rahmat kepada anda).Selalunya kita akan spontan berkata 'eee,gelinya' atau macam-macam lagi.Ucapkanlah perkataan mulia ini,dapat pahala.

Keenam,jika dia meninggal dunia,maka hantarkanlah ke tempat pemakamannya.

     Aku tertanya-tanya,adakah bila sampai ajalku untuk menemui Rabbku,adakah rakan-taulan,sahabat handai akan turut sama menghantarkanku?Mengangkat takbir menyolatkanku sambil mendoakan untukku? 

      Kira-kira dua minggu lepas,selepas subuh.Sedang asyik aku melayari 'facebook',tiba-tiba aku terbaca post oleh seorang senior.Seorang alumni al-amin batch g-13 (Arwah) Abdul Hadi Nordin meninggal dunia pagi tadi.Sekarang berada di Hospital Selayang.

       Aku tanpa membuang masa terus menghubungi Amin untuk bergegas ke sana.Hati ini terasa pilu,tidaklah terlalu rapat dengan arwah.Namun jasanya yang sungguh banyak kepada sekolah tidaklah terkira,hebat di dalam nasyid,disenangi cikgu-cikgu dan sudah tentu diredhai Ibu-bapa.

       Setibanya di sana,aku takjub dan terpana.Semua kawan-kawannya batch g13 hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.Aku berasa sebak melihat Ust Fatah dan sekeluarga.Kami mengucapkan takziah yang tidak putus-putus.

       Entah mengapa aku diberi peluang oleh Allah s.w.t,untuk melihat wajah Arwah buat kali terakhir.Sungguh dunia ini hanya sementara,persinggahan di alam ujian ini,penuh dengan metafora dan hedonisme.Marilah sama-sama menghadirkan diri ke pengebumian jenazah kerana di situ ada 'ibrah

Dari Abu Hurairah R.A,Rasulullah s.a.w bersabda,

Barangsiapa menghadiri jenazah hingga mensolatkannya,maka baginya pahala satu qirath.Barangsiapa menyaksikan hingga di makamkan,maka baginya dua qirath.Seorang sahabat bertanya,"Apakah dua qirath itu wahai Rasulullah?Rasulullah menjawab,"Seperti dua gunung yang besar" 


Ukhuwwah[sampai ke syurga] amin.

Ukhuwwah[sampai ke syurga] part 1



       Kebelakangan ini,aku suka benar pada sepi malam.Sepi malam yang membuat emosi mudah terusik,jiwa menjadi lapang,dan merasakan Tuhan menjadi senang pada hamba-hambaNya yang bangun di waktu malam.Aduhai malam,sungguh engkau menyaksikan para salih bersujud di waktu orang lain nyenyak tidur di pembaringan.

     Berpuitis pula,sekilas terpandang buku "Bagaimana Menyentuh Hati" karya ulung Syeikh Abbas As-Siisiy.Terimbas pula zaman Tingkatan 5.

Saya bertanya kepada Ustazah Syima,guru PQS (Pendidikan Qura'an Sunnah)
"Ustazah,buku apa yang bagus dibaca?"
"Oh,bacalah buku Abbas As-Sisi,gaya bahasanya yang lembut memikat hati pembaca serta mudah difahami"

     Sudah beberapa kali ku mengkhatamkan buku ini,ternyata nasihat-nasihat sukar sekali hendak diamalkan kalau tidak diingatkan.Aku terus membelek mukasurat 54 berkaitan dengan adab-adab ukhuwwah.


Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Rasulullah s.a.w bahawa beliau bersabda:

"Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam:jika bertemu maka berilah salam,jika tidak kelihatan maka cari tahulah,jika sakit maka jenguklah,jika mengundang maka penuhilah,jika bersin dan mengucapkan hamdalah maka jawablah (dengan mengucapkan 'yarhamukallah') dan jika meninggal dunia maka hantarkanlah ke pemakaman)"

Pertama,jika bertemu maka berilah salam

Perjalanan ke Bangi memakan masa 30-40 minit,ditambah pula dengan kesesakan trafik.Hati ini tidak sabar-sabar lagi hendak bertemu 'best friend' setelah 8 bulan terpisah.Rindu yang amat,hasil percikan keimanan dan ketaqwaan didasari ukhuwwah fillah.Halem itu sahabatku.Dia 'accident' baru-baru ini pabila pulang daripada Perlis.Kami dalam perjalanan ke PD untuk program Reunion C14 kami.

 Setelah sampai di depan rumah,
"Assalamualaikum?"
"Wa'alaikumussalam"

Wajah itupun muncul tiba-tiba di depan pintu,mengukir senyuman buatku,setelah lama menanggung rindu,rindu kepada ketulusan nasihat,kepada senda gurau yang memecah tawa dan segala peristiwa yang mengikat kita daripada tadika dahulu sehingga kini.

                                                     Nama dia Halim Guitarist

Kedua,jika tidak kelihatan maka ambil tahulah

                                                        Sesi Ta'arufan 

Setelah selesai menunaikan solat Zuhur,kami berkumpul di Bilik Zamrud untuk berta'aruf.
"Assalamualaikum,kita ambil masa untuk ta'aruf ya,update status terkini dan sebagainya.
"Nama mestilah Auzaie.
Jurusan Undang-undang dan Syariah di UIA.
Status,masih mencari"

"kasar itu!" celah kawan [sebab ada yang dah ada teman istimewa,nauzubillah :D ]
"huuuu,insya allah-insya allah" sambut kawan C14 (especially Asif) sambil diselangi tawa.

Setelah selesai berta'aruf,kami sedar ada beberapa orang yang tidak hadir.
"Ewan,Hassan pergi mana?
"Dia dengan Asan ada event photoshoot dekat Melaka"
"Afif tak dapat datang,balik kampung rasanya"
"Syahmi busy,sibuk uruskan hal-hal adik"

Dan beberapa kawan lain yang tidak hadir.Kami rancak bertanya sesama warga caliph14 untuk mengetahui keadaan kawan-kawan kami.Ada yang sakit,ada yang sibuk,ada yang ke luar negara,ada yang ke Program,dan ada yang tak mahu 'join' pun ada.Biarlah,mungkin mereka ada alasan kukuh yang tersendiri.Manfa'atkan mana yang ada :)



                                                        Games Ta'aruf

Ketiga,jika sakit maka jenguklah

Penat,sungguh penat.Allah Allah,kalau diikutkan mahu tidur saja.Sehari-harian penuh dengan kerja di Hotel.Pergi sana,jemput di situ.Turun sana,beritahu itu.Lumrah kerja jadi kuli begitulah,diperlakukan begitu sahaja.Tak adalah,kami kerja di Hotel Equitorial,menyambut Syeikh Jum'ah Amin daripada Mesir,Dr Hidayat daripada Indonesia dan banyak lagi syeikh daripada Sri Lanka,Thailand dan sekitar Asia.

"Amin,jom ziarah Halim,ana tak sempat ziarah lagi." 
"Bila?Jadual kita 'pack'."
"(Man jadda wajada) Jomlah,waktu tengahari kita curi masa sikit."

Setibanya di rumah Halim,ingatkan duduk atas wilchair lagi rupanya sudah boleh berjalan sedikit.Semoga Allah memberikan kesabaran dan limpahan hikmah kepadamu wahai sahabat.Sungguh jalan dakwah ini penuh liku dan mehnah,cubaan dan tribulasi.Harus ada yang tegar melawan arus,menongkah kebatilan.Wah lebat bercerita :)
 Dijamu pula 'french fries',haduhai tahula saya baru balik dari UK.Kena perli tak makan masakan melayu.

"Maaflah halim,tak bawak buah tangan ni,segan betul"
"Berapa banyak buah orang bagi,dah jadi ladang buah rumah ni" kata Halem.
"haha,ada lagi ke?"
"Dah habis,bolehlah kalau nak tambah stok baru"


Rasulullah s.a.w bersabda:
"Hendaklah kalian saling memberi hadiah,kerana hadiah itu akan membuatkan kalian saling mencintai" 

"Ceritalah macam mana boleh accident?" tanya Awau.
"Dah gilir-gilir jadi driver,lepas subuh,sepatutnya giliran Halem,tapi 'kawan' dia kata dia boleh bawa lagi.Dia duduk di sebelah driver,kiranya co-pilotlah.Sekali bangun-bangun dah berdarah-darah.Habis patah kaki,terkoyak daging dekat tangan ni ha"
"Syafakallah lim,ada hikmah"(Aku hanya mampu mendoakan dan memberikan senyuman)
 
 Dari Abu Hurairah R.A,Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barangsiapa menjenguk orang sakit atau mengunjungi saudara semuslim kerana Allah,maka malaikat akan berseru kepadanya,'Kamu dalam keadaan baik dan baik pula tempat tujuanmu,kamu akan ditempatkan di Syurga"
  
To be continued.insha allah :)




Wednesday, 20 July 2011

Ubat Hati

Bismillah,sudah lama blog ini usang kerana kesibukan,permusafiran dan halangan-halangan lain yang terpaksa diutamakan.Baru dua minggu menjejakkan kaki ke bumi Malaysia,macam-macam aktiviti dan hal yang terpaksa diuruskan.

Debat Musleh-Beri sokongan kepada sekolah.
Uruskan para 'syuyukh' daripada seluruh Asia.
Ziarah kampung di Besut,Terengganu dan di Sekinchan,Sabak Bernam
Volunteer untuk Rayuan Ramadhan 1432H-berpanas-panas edar brochure,habis gelap kulit :)

Ramai yang bertanya bila mahu 'update'?Aku hanya sempat memaniskan muka dan diam seribu bahasa.Mungkin mahu masa-masa di depan komputer dihabiskan untuk karya dihantar ke majalah.Mungkin.
Pepatah mengatakan:
"Jauh berjalan luas pemandangan"
Ada benar kawan-kawan :) sejak pulang daripada luar negara,saya merasakan luasnya perspektif,ramainya kenalan dan rakan taulan,dan semangat yang luar biasa baru.Syukran ya Allah kerana menetapkan hati untuk tetap berhijrah ke sana meskipun ramai mengatakan nanti mungkin terlambat masuk belajar.
Allah Allah,

pengalaman hidup itu satu anugerah,petunjuk Allah itu satu hadiah.

     Sejak pulang,hati saya gundah gulana,dengan masalah yang timbul selepas umur mencecah 20-an.kawan saya kata bila dah dua puluhan kita sebenarnya dah tua,dah 'matured' kata orang cuma kurang pengalaman.

Di FB saya ada post kepada kawan sebuah nasihat,juga kepada diri saya sendiri,

Berkata 1 ulama Ibrahim Al-Khawwas RA
Ubat hati ada lima.
1.baca quran,hayati isi kandungan(baca terjemahan dan renungkan)
2.kosongkan perut daripada selalu kenyang(sebaiknya berpuasa)
3.zikir berpanjangan di waktu malam
4.hampirkan diri dgn Allah sepertiga malam
5.berkumpul dengan orang-orang soleh


Apabila ada masalah,rujuklah nasihat daripada Quran,Hadis,qaul sahabat dan orang-orang soleh :)