Wednesday, 15 December 2010

Ilmu dan Sejarah

   SANG SURIA tidak muncul-muncul di pagi hari. Barangkali jisim sang awan terlalu padat menyebabkan cahaya mentari tidak dapat menembusinya. Suhu di bawah darjah Celcius menyebabkan sebahagian awan membeku,sebahagian lagi tidak larat menanggung beban air lalu menggugurkan gugusan salji melitupi bumi. Putih salju seakan-akan membaluti segala warna lalu menyerap menjadi putih. Bagaikan bumi dibentang di atas kanvas, diwarnakan segalanya putih oleh cat warna. Diwarnakan penuh teliti Sang Pencipta Maha Kuasa. Karya terulung tiada tandingan seluruh semesta. Mengalahkan para artisan Leonardo Da Vinci dan lainnya. Dulu,kini dan selamanya.

    Di dalam bas, saya sungguh ralat melihat bangunan-bangunan lama di Kota Ilmu ini gah berdiri bertahan selama ratusan tahun. Mereka tidak mengubah tetapi memperbaiki.Konsep ‘fiqh’ yang sangat menarik.Bahagian luar bangunan dikekalkan dari segi bentuk dan rupa akan tetapi di dalamnya modernistik. Dari Marston ke City Centre melalui bas memakan masa 15 minit.Duit tambangnya pula 1 pound 40 pence satu hala.Jangan ditukarkan nilai mata wang duit mereka dengan kita.Silap hari bulan tiap-tiap hari jalan kaki bengkak sana sini memikirkan kedekutnya kita. 


     Selepas makan malam,Umi mengajak saya untuk menghadiri sama ‘Talk’ di OXCIS(Oxford Centre For Islamic Studies).Tempat Umi menjadi ‘fellowship’ dan membuat ‘research’ tentang Family Law dari sudut Undang-undang Islam.Nampaknya rezeki datang bergolek.Daripada mereput di rumah ini memikirkan hal yang bukan-bukan lebih baik ikut sahaja menambah pengalaman.Peluang untuk menghadiri ‘Talk’ yang dihadiri oleh para pemikir dan ilmuwan yang disegani bukan calang-calang orang, tidak patut 
ditolak.Membayangkan sahaja sudah membuatkan hati bergemuruh.


     TEPAT JAM 4 petang, pembentangan kertas bermula. Tajuknya berbunyi “Muslims in Britain : Past, Present, and Future”.Pembentangnya ialah Dr. Sophie Gulliet Ray dari Welsh.Ini baru penyelidikan ‘research’ oleh Dr Sophie tentang sejarah Muslim di Britain.Belum disahihkan lagi oleh pakar-pakar sejarah.Menariknya sebahagian daripada mereka lebih teruja untuk membuat penyelidikan tentang subjek ini daripada Muslim sendiri.Sungguk unik,bagaimana kubu kuat agama Kristian ini sudah didiami Muslim sejak 100 tahun yang lalu.Kebanyakan daripada mereka berstatus hamba,saudagar dan pengembara.Selepas Perang Dunia ke-2 berakhir,lebih ramai rakyat negara-negara jajahan mereka berpindah ke Britain.


      Kebanyakan daripada komuniti  Muslim pada zaman itu hidup di bahagian kawasan pedalaman.Komuniti yang tidak teratur.Statistik Muslim sekarang di Britain menurut Dr Sophie berjumlah 2.4 million (4% daripada penduduk UK).Kebanyakannya ½ Muslim lahir di UK.Dari segi Politik,masyarakat Muslim mulai bersatu bertindak mempertahankan aqidahnya dan memunculkan diri kepada masyarakat Britain apabila Salman Rushdie mengeluarkan buku bertajuk “The Satanic verses” pada tahun 1991.Demonstrasi besar-besaran menentang novel itu dan menyebabkan masyarakat umum mulai mengkaji Islam sedikit demi sedikit dan secara tidak sengaja mengubah persepsi umum.Isu-isu hangat di zaman ini ialah bagaimana berlakunya penindasan terhadap wanita Muslim British.


      UBAT MUJARAB untuk tidur adalah Sejarah.Tiada tanda-tanda perbahasan akan berhenti.Dr Sophie terus menerus menjelaskan isi-isi penting sambil menyentuh aspek-aspek yang lain seperti ekonomi dan politik.Mengantuknya minta ampun.’Slide’nya hanya diputar selang 30 minit.Nafsu membisikkan rasa kesal.Akal tiba-tiba menjerit.Di keliling saya kerusi penuh dengan Professor,para penyelidik serta para ilmuwan mendengar penuh teliti.Mata berkedip sekali-sekala.Menguap serasa ditahan-tahan.Kerana hormat pada siapa pun yang sedang membicarakan apapun tentang ilmu.Sungguh mereka sangat menghargai ilmu.Lalu nafsuku terbantut.Akal bersorak kegirangan.Iman lalu tumpang gembira.

     Pada sesi persoalan,seorang peserta bertanyakan adakah masyarakat Islam di sini hidup aman bersama masyarakat agama yang lain.Dia tidak dapat memberikan jawapan pasti tapi ya.Seorang Professor membidas mengatakan bahawa adakah anda sudah membuat penyelidikan di seluruh Britain.Bahkan dia meragui sumber fakta-fakta dan statistik yang dibentangkan tadi.Sungguh mendebarkan.Mereka sungguh sensitif dengan ilmu.Dr Sophie membalas bahawa dia mengambil statistik ini daripada beberapa sumber yang sahih.Akan tetapi dia belum lagi dapat membuat penyelidikan secara menyeluruh.Seorang lagi Professor memerli.Adakah penyelidikan ini adalah tentang Muslim di Britain atau Muslim di Welsh?Sungguh Dr Sophie terpaksa mengakui kelemahannya dan akan terus membuat ‘research’nya.Persoalan demi persoalan dilontarkan.

     Saya sungguh takjub pada para ilmuwan di depan mata kepala saya ini.Bersungguh-sungguh memberikan pandangan dan pembetulan.Bukan mengutuk belakang dan mengumpat keburukan.Sungguh ini adalah sikap ketamadunan,ilmu dan moral yang sangat tinggi.Sangat-sangat dituntut oleh Islam bukan?