Wednesday, 15 December 2010

Ilmu dan Sejarah

   SANG SURIA tidak muncul-muncul di pagi hari. Barangkali jisim sang awan terlalu padat menyebabkan cahaya mentari tidak dapat menembusinya. Suhu di bawah darjah Celcius menyebabkan sebahagian awan membeku,sebahagian lagi tidak larat menanggung beban air lalu menggugurkan gugusan salji melitupi bumi. Putih salju seakan-akan membaluti segala warna lalu menyerap menjadi putih. Bagaikan bumi dibentang di atas kanvas, diwarnakan segalanya putih oleh cat warna. Diwarnakan penuh teliti Sang Pencipta Maha Kuasa. Karya terulung tiada tandingan seluruh semesta. Mengalahkan para artisan Leonardo Da Vinci dan lainnya. Dulu,kini dan selamanya.

    Di dalam bas, saya sungguh ralat melihat bangunan-bangunan lama di Kota Ilmu ini gah berdiri bertahan selama ratusan tahun. Mereka tidak mengubah tetapi memperbaiki.Konsep ‘fiqh’ yang sangat menarik.Bahagian luar bangunan dikekalkan dari segi bentuk dan rupa akan tetapi di dalamnya modernistik. Dari Marston ke City Centre melalui bas memakan masa 15 minit.Duit tambangnya pula 1 pound 40 pence satu hala.Jangan ditukarkan nilai mata wang duit mereka dengan kita.Silap hari bulan tiap-tiap hari jalan kaki bengkak sana sini memikirkan kedekutnya kita. 


     Selepas makan malam,Umi mengajak saya untuk menghadiri sama ‘Talk’ di OXCIS(Oxford Centre For Islamic Studies).Tempat Umi menjadi ‘fellowship’ dan membuat ‘research’ tentang Family Law dari sudut Undang-undang Islam.Nampaknya rezeki datang bergolek.Daripada mereput di rumah ini memikirkan hal yang bukan-bukan lebih baik ikut sahaja menambah pengalaman.Peluang untuk menghadiri ‘Talk’ yang dihadiri oleh para pemikir dan ilmuwan yang disegani bukan calang-calang orang, tidak patut 
ditolak.Membayangkan sahaja sudah membuatkan hati bergemuruh.


     TEPAT JAM 4 petang, pembentangan kertas bermula. Tajuknya berbunyi “Muslims in Britain : Past, Present, and Future”.Pembentangnya ialah Dr. Sophie Gulliet Ray dari Welsh.Ini baru penyelidikan ‘research’ oleh Dr Sophie tentang sejarah Muslim di Britain.Belum disahihkan lagi oleh pakar-pakar sejarah.Menariknya sebahagian daripada mereka lebih teruja untuk membuat penyelidikan tentang subjek ini daripada Muslim sendiri.Sungguk unik,bagaimana kubu kuat agama Kristian ini sudah didiami Muslim sejak 100 tahun yang lalu.Kebanyakan daripada mereka berstatus hamba,saudagar dan pengembara.Selepas Perang Dunia ke-2 berakhir,lebih ramai rakyat negara-negara jajahan mereka berpindah ke Britain.


      Kebanyakan daripada komuniti  Muslim pada zaman itu hidup di bahagian kawasan pedalaman.Komuniti yang tidak teratur.Statistik Muslim sekarang di Britain menurut Dr Sophie berjumlah 2.4 million (4% daripada penduduk UK).Kebanyakannya ½ Muslim lahir di UK.Dari segi Politik,masyarakat Muslim mulai bersatu bertindak mempertahankan aqidahnya dan memunculkan diri kepada masyarakat Britain apabila Salman Rushdie mengeluarkan buku bertajuk “The Satanic verses” pada tahun 1991.Demonstrasi besar-besaran menentang novel itu dan menyebabkan masyarakat umum mulai mengkaji Islam sedikit demi sedikit dan secara tidak sengaja mengubah persepsi umum.Isu-isu hangat di zaman ini ialah bagaimana berlakunya penindasan terhadap wanita Muslim British.


      UBAT MUJARAB untuk tidur adalah Sejarah.Tiada tanda-tanda perbahasan akan berhenti.Dr Sophie terus menerus menjelaskan isi-isi penting sambil menyentuh aspek-aspek yang lain seperti ekonomi dan politik.Mengantuknya minta ampun.’Slide’nya hanya diputar selang 30 minit.Nafsu membisikkan rasa kesal.Akal tiba-tiba menjerit.Di keliling saya kerusi penuh dengan Professor,para penyelidik serta para ilmuwan mendengar penuh teliti.Mata berkedip sekali-sekala.Menguap serasa ditahan-tahan.Kerana hormat pada siapa pun yang sedang membicarakan apapun tentang ilmu.Sungguh mereka sangat menghargai ilmu.Lalu nafsuku terbantut.Akal bersorak kegirangan.Iman lalu tumpang gembira.

     Pada sesi persoalan,seorang peserta bertanyakan adakah masyarakat Islam di sini hidup aman bersama masyarakat agama yang lain.Dia tidak dapat memberikan jawapan pasti tapi ya.Seorang Professor membidas mengatakan bahawa adakah anda sudah membuat penyelidikan di seluruh Britain.Bahkan dia meragui sumber fakta-fakta dan statistik yang dibentangkan tadi.Sungguh mendebarkan.Mereka sungguh sensitif dengan ilmu.Dr Sophie membalas bahawa dia mengambil statistik ini daripada beberapa sumber yang sahih.Akan tetapi dia belum lagi dapat membuat penyelidikan secara menyeluruh.Seorang lagi Professor memerli.Adakah penyelidikan ini adalah tentang Muslim di Britain atau Muslim di Welsh?Sungguh Dr Sophie terpaksa mengakui kelemahannya dan akan terus membuat ‘research’nya.Persoalan demi persoalan dilontarkan.

     Saya sungguh takjub pada para ilmuwan di depan mata kepala saya ini.Bersungguh-sungguh memberikan pandangan dan pembetulan.Bukan mengutuk belakang dan mengumpat keburukan.Sungguh ini adalah sikap ketamadunan,ilmu dan moral yang sangat tinggi.Sangat-sangat dituntut oleh Islam bukan?

Friday, 26 November 2010

Program dan Eid

Kerapkali saya mengingatkan diri saya bahawa ini bukan sekadar pelancongan,cuti-cuti beristirehat,namun nafsu saya selalu memberontak pada aqal yang saling memberikan hujah.Selepas seminggu kami 'settle down',pada hujung minggu kami terus berangkat ke Nottingham.Alhamdulillah sempat saya berkenalan dengan ramai pelajar-pelajar dari pelusuk United Kingdom ini.Ada yang dari Belfast,ada yang dari Newcastle,ada yang dari Birmingham,ada yang dari Edinburgh dan banyak lagi.

Kata sahabat saya:
Kita Belajar, Da'wah Lebih Pada Soal Memenangkan Hati.
Jika Hati Telah Tertawan Oleh Akhlaq. Maka Aqal Akan Mengikuti
 Mereka ini adalah pelajar bijak pandai,bukan sembarangan orang untuk dilekeh-lekehkan.Akhlaq islami yang ditunjukkan para mukhlisin dalam dakwah ini telah menauti hati mereka dengan ikatan yang tidak pernah terlepaskan.Mengapa mereka sanggup untuk hadir ke program berat-berat ini dan boleh dikatakan tiada langsung kaitan dengan 'course' yang mereka ambil di universiti masing-masing?Mereka belajar tentang Fiqh Al-Ikhtilat,mereka belajar bagaimana untuk menjadi Muslim yang sejati,kerna apa?Kerana mereka ingin mengikuti jejak langkah Nabi Muhammad s.aw dan para Sahabah yang mulia.Mereka memilih jalan ini kerana yakin yang 'method' jalan ini yang 'tawazun',tidak melampaui batas dan selari dengan fitrah mereka sebagai manusia.

Pada masa yang sama,mereka sanggup bersusah-payah menghadiri program ini berbatu-batu jauhnya dari tempat mereka.Ada yang menaiki kapal terbang(flight),lalu menaiki tren.Tidak kurang yang menghabiskan berliter-liter minyak petrol menaiki kereta merentas negeri-negeri untuk sampai ke sini.Sungguh saya kagum,kerana mereka dahagakan ilmu,dan sangat menghargai persahabatan(ukhuwwah) kerana Allah.Mereka dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat dari 'courses' yang berlainan dari tempat-tempat yang berbeza.Makan dalam talam,tidur seadanya di atas lantai bersama-sama,dan saling bantu-membantu untuk mencapai objektif di dalam program ini.Kesusahan itu membina jiwa,menguatkan jati diri,melatih diri untuk tidak larut dalam kesenangan.

Sekarang baru saya faham daripada mana aura luarbiasa pelajar-pelajar luar negara yang hidup dalam Islam berbanding pelajar dalam negara.Kepada pelajar dalam negara,anda harus mencari peluang selepas degree untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.Membuka fikiran,meluaskan skop pandangan tentang isu dan perkara di sekeliling kita.

***

Cukup dengan cerita mereka di Nottingham,berbalik kepada cerita saya di Oxford.Sedar tidak sedar kami sudah terlalu dekat dengan Eid.Puas kami berfikir di manakah akan kami solat raya 'Eid Adha?Rupa-rupanya Persatuan Pelajar Saudi dan Brunei mengadakan program Eid Adha di Kassam Stadium berdekatan dengan Grenoble Road.Jauhnya bukan kepalang kalau jalan kaki,silap-silap semua jatuh sakit kerana kesejukan dan kelelahan.

Saya mahu cerita kepada kalian satu perkara,di sini anda sangat-sangat menghargai saudara Muslim di sini.Tiada orang lain yang anda akan sangat mengharapkan bantuan dan kepercayaan melaikan orang yang seaqidah dengan kita.Kami dipinjamkan kereta BMW X5 untuk ke sana.Jiran kami di sebelah terkejut.Kaya betul orang sebelah ni!

'Eid Adha di Kassam Stadium


* Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

     Kami bertolak awal kerana takut tersesat.Silap-silap kami solat Zuhur sahaja,solat raya terlepas.Segala puji bagi Allah,kami juga dipinjamkan GPS,jenamanya TomTom.Agak kelakar bunyinya.TomTom.Rupa-rupanya kami tiba terlalu awal.Solat di Stadium.Rasanya nak main bola pun boleh.Nasib baik tak buat dekat tengah stadium,nanti ada pulak budak-budak main bola waktu khutbah.Program diadakan di Conference Room.Tingkat bawah untuk jamuan.Tingkat atas pula untuk solat dan program.

Kami tercegat di luar stadium berdekatan tempat parking.Tiba-tiba seorang pak arab menegur kami.Dengan ramah,dia menjemput kami masuk.Jam menunjukkan pukul 8 pagi.Selepas masuk,ibu dan adik perempuan duduk di bahagian belakang dan saya bersama adik-adik lelaki duduk di bahagian hadapan bersama ayah.Kelihatan mulai ramai jemaah hadir.Kebanyakan daripada saudara Arab dan Brunei.

Setelah itu,kami mulai bertakbir,Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!Lailahaillallah.Dengarnya sangat garang dan tegas notnya.Lain sekali dengan Malaysia.Tonanya agak melankolik.Dengan mereka anda bertakbir dengan penuh semangat,semacam perasaannya baru pulang dari Perang Tabuk.Agak berapa lama,MC memberitahu bahawa kita harus memberi peluang kepada mereka yang datang lambat kerana cuaca yang agak sejuk dan membeku.Oh!lupa untuk saya memberitahu cuaca di luar kelihatan berkabus dan beku.

Seusai solat 'Eid,kami dijemput untuk turun mengambil makanan.Kanak-kanak dijemput untuk duduk di atas kerana pelbagai program menarik untuk mereka disediakan.Semacam pesta di sini.Di Malaysia,'Eid Adha ini tidak meriah,sembelih lembu,bagi sana,bagi sini.Habis.Kecuali di Kelantan dan Terengganu.Kami dijamu nasi arab,atau nasi putih,lauknya samaada ayam atau kambing lalu ditambah kuih atau manisan arab,ditambah kek serta tidak lupa jus oren.Ruang makan di bawah kelihatan sangat padat.Kami terpaksa beratur panjang.Kanak-kanak bermain dengan sangat gembira di atas,Para ibu bapa bertemu sanak-saudara,kawan-kawan beramah-mesra.

Sungguh ini satu pengalaman yang cukup mengesankan.Dan tidak lupa saudara-saudara kami di dalam ingatan,Palestin,Afghanistan,Thailand dan di mana-manapun saudara semuslim kami yang tidak dapat meraikan 'Eid seperti kami.

Thursday, 25 November 2010

Sakit dan Persoalan




  Aktiviti menjadi terhad,badan menjadi lemah,itulah natijah daripada sakit.Nikmat sihat yang selalu kita abaikan dan tidak manfaatkan hanya akan dirasai apabila sakit menerpa,menjalar ke seluruh saraf urat badan,menyebabkan diri tidak bermaya,mengharapkan bantuan dan pertolongan daripada orang lain,dan juga tidak lupa bagi siapa yang lupa pada tuhan,tiba-tiba selalu ingat pada-Nya,mengadu pada-Nya,berdoa kepada-Nya.Itulah fitrah manusia.Saya teringat hadis nabi tentang nikmat sihat ni,sabdanya,yang bermaksud:


“Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu kerananya iaitu kesihatan dan masa lapang.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Maka mulalah manusia mencari ubat untuk kembali sihat.Mereka mencuba pelbagai cara.Ada yang berharap ubatnya ada pada bomoh yang hebat,ada yang berharap hanya ubatnya ada pada 'sheikh' yang maksum,ada yang berharap ubatnya hanya ada pada doktor yang bijaksana.Ada yang berjaya.Ada yang tidak.Maka di sini harus kita cari dimanakah sakit itu datang dan bagaimana sakit itu dapat diubati.Bagi umat islam,seharusnya kita berusaha dengan sehabis usaha yang ada untuk mencari 'sabab' penyakit itu.Tetapi harus diingat 'musabab' itu daripada Allah s.w.t.

Pakar perubatan di U.S mengatakan begini:

Infectious diseases have been evolving from the earliest days of life on earth. Major factors influencing their developments include the splitting of continents (continental drift), the radiation of early primates into present-day forms, migrations of man around the world, the ending of the Ice Age, the invention of agriculture, the domestication of animals, the increase in populations, and the urbanization of societies. The impact of such basic changes on infectious diseases is reviewed.

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/244405


Daripada sudut pandang Bible

Mari kita lihat apa pandangan Bible(yang telah diselewengkan) tentang sakit(saya cuma mengambil contoh) sebagai perbahasan ilmiah:

11. Illness is opposite of God's nature.
It is interesting to notice that people from around the world are quite conscious that sickness is bad. Why are so many hospitals build, if sickness would be good for us?

God only gives good gifts. Sickness is far from being good! James 1:17 "Every good and perfect gift is from above, coming down from the Father of the heavenly lights, who does not change like shifting shadows."


http://www.answers2prayer.org/sickness/sickness0.html 

 Mereka mengatakan sakit itu bukan dari Allah.Allah hanya memberi yang baik-baik sahaja.Di sini mereka berhujah mengatakan sakit itu jauh daripada perkara-perkara yang baik.Lupakan sahaja hujah mereka daripada mana sakit itu datang.Anda boleh membaca link itu jika anda mahu.Mari kita lihat hujah Qur'an daripada mana sakit itu datang,tuan dan puan,pembaca blog ini yang saya muliakan.Ini kerana Rasulullah yang terakhir,Nabi Muhammad s.a.w bersabda mafhumnya:


Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjualdirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya."
(Hadis 23(Hadis 40 Imam Nawawi)

Dari sudut pandang Al-Qur'an dan Sunnah


Ever wonder why a Muslim is allowed
by Allah, subhana watallah, to get sick?
 
Hadith - Bukhari 7:564
I visited Allah's Apostle May Allah's peace and praise be on him while he was suffering from a high fever. I touched him with my hand and said, "O Allah's Apostle! You have a high fever." Allah's Apostle May Allah's peace and praise be on him said, "Yes, I have as much fever as two men of you have." I said, "Is it because you will get a double reward?" Allah's Apostle May Allah's peace and praise be on him said, "Yes, no Muslim is afflicted with harm because of sickness or some other inconvenience, but that Allah will remove his sins for him as a tree sheds its leaves."
Hadith - Muslim & Bukhari
Abu Sa'id al-Khudri r.a. reported that the Prophet May Allah's peace and praise be on him said: Whenever a Muslim is afflicted with a hardship, sickness, sadness, worry, harm, or depression --even a thorn's prick, Allah expiates his sins because of it.
Recorded by Bukhari in al-Adab ul-Mufrad (no. 493), verified authentic by al-Albani
"Expect good, because Allah (s.w.t.) makes a believer's sickness an expiation (for his sins) and a period of repose.  As for a disbeliever falling sick, he is like a camel whose owner ties it and then lets it loose --it does not understand why it was tied, nor why it was freed."

 Itulah penjelasan-penjelasan yang telah diungkapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.Dan Baginda juga menjelaskan apakah ubat dan penyelesaian kepada penyakit itu.Anda boleh klik link laman web Muttaqun di atas.

***
Bagi saya,penyakit itu datang daripada Allah sebagai tanda perhatian dan kasih sayang untuk kita menjernihkan dosa-dosa kita.Penyakit itu juga datang daripada kita sendiri.Kerana itulah Allah menciptakan kita akal untuk menyembuhkan penyakit itu sendiri.Dengan sakit,ini menimbulkan hakikat kita mengakui kekuasaan Allah,mengetahui Allah itu wujud dan menyebabkan kita bermuhasabah,bagaimanakah kehidupan kita selepas mati.Dan ingat mati adalah sebaik-baik tazkitah(peringatan) kepada manusia.Suka saya untuk mengambil sedikit petikan artikel tentang sakit ini.

Jalalu'ddin Rumi says that Allah s.w.t. created suffering and heartache so that a joyful heart might appear through its opposite. Hence, he maintains that hidden things become manifest and known to us only by means of their opposites. He then says, that since Allah does not have an opposite, He remains hidden. "Hidden things, then, are manifested by means of their opposite; since God hath no opposite, He is hidden. . . The Light of God hath no opposite in (all) existence, that by means of that opposite it should be possible to make Him manifest. Necessarily (therefore) our eyes do not perceive Him, though He perceives (us) . . ." [Mathnawi, Book 1, Pg. 63, trans. by R.A. Nicholson]. Rumi's explanation, among other things, shows how it is that we come to know about good health through sickness and vice versa. Such explanations that are based on the personal experiences of people like Rumi "have made thinking humanity believe in the continuity of life after death. It is they who radiate a faith in everlasting life which in its turn takes away the sting from ill health and death and enables us to view life with a sense of ease." 
http://muslim-canada.org/health_sickness.html

Sedikit kata-kata hikmah tentang sakit

Dr. Mahmud Es'ad Cosan says, "Sickness wakes people up from heedlessness, guides them to give up their sins, makes them think about the Hereafter, leads them to pious foundations; makes them more thankful to Allah, and teaches them the necessity of taking better care of their health and making better use of their life - something they didn't realise before - teaches them to understand other sick and pained people better, to feel sorry for them and to help them; and raises their ranks and degrees higher in the Hereafter."And just as wealth is a far more difficult trial because of its potential to lead one astray, so is health a more difficult trial than sickness, despite its outward appearance of ease.
Abdul Qadir Gilani r.a., tells us that Abu Dharr (may Allah be well pleased with him) used to say: "Poverty is dearer to me than affluence, sickness is dearer to me than health, and death is dearer to me than life."http://muslim-canada.org/health_sickness.html

***

P/S:Maaf kerana dah lama tak 'post',kerana sakit menjadi halangan.Moga kita bertemu lagi di 'post' yang akan datang. :)

Wednesday, 17 November 2010

Keindahan dan Ciptaan

Malam 5 November

Setelah selesai urusan imigresen,kami terus mengambil bagasi di bahagian pengambilan.Suhu di dalam lapangan terbang agak hangat,mungkin kerana dipasang pemanas(heater) di dalam lapangan terbang ini.Rupanya ketibaan kami disambut seorang saudara bernama Zaid.Kami bertukar-tukar cerita tentang Malaysia dan UK.

...

"Minta diri sekejap,hendak solat sebentar"
"Eh,sekarang pukul berapa?"
"Pukul 5 petang,bila masuk 'winter' musim sejuk,masa akan bertukar.Siang bertambah pendek dan malam menjadi lebih panjang.Pukul 4 petang rasanya sudah gelap." terang Abang Zaid.
"Kami rasanya jama' ta'khir" ujar Ayah.

...

Di luar perkarangan Lapangan Terbang Heathrow,London

 Aku menumpang kereta saudara Zaid berjenama Vauxhall Astra.Jenama kereta di sini barangkali.Kelihatan dia mengeluarkan satu benda berbentuk kotak dilekatkan di cermin.Selepas mengamatinya dengan teliti.Oh ini GPS!(Global Positioning System) berjenama Navman.
"Dengan 'GPS' ni,perjalanan menjadi lebih mudah,hanya letakkan alamat yang hendak dituju.Dia akan menunjukkan jalan dengan sangat 'detail'. 

Pada hematku,memang tidak diragukan lagi 'pros'nya(kelebihannya) 'GPS' memudahkan perjalanan,akan tetapi 'cons'nya pemandu yang terlalu bergantung kepada 'GPS' kebarangkalian akan tidak pandai membaca peta dan menggunakannya.Jadi gunakanlah sebaik-baiknya.Kita guna dua-dua.

"Tinggal di mana saudara?" 
"Oh,tinggal berdekatan dengan Wembley Stadium,tahu kan?Selalu kalau ada perlawanan 'national' mereka buat di sini."
"Pernah tengok perlawanan bola dekat sini?"
"Oh,pernah.Sekali saja.Kira-kira kalau dalam ringgit Malaysia,RM 350 ringgit sekali masuk."

...

ٱللَّهُ خَـٰلِقُ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬‌ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ وَكِيلٌ۬ (٦٢) 
Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dialah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya. (62)

Malam pekat menyelubungi London.Angin sejuk berhembus dengan girang sepoi-sepoi bahasa.Kelihatan pokok-pokok meluruhkan daun-daunnya lesu.Kedatangan 'winter' seakan-akan digeruni alam semesta.Seakan-akan musim 'autumn' mengaku kalah kepada musim 'winter'.Menyerahkan amanah untuk melangsungkan perjalanan fitrah alam.Pusingan musim sejak zaman-berzaman.Sejuk membeku.Suhu pada malam ini mungkin 3'c.


Setibanya kami Milestone House

 Dari London,saudara Zaid membawa kami menelusuri jalan menuju East London.Melalui pekan Eeling,seterusnya ke Milestone Hill.Untuk menumpang di rumah kawan ayah di sana.
Selepas 30 minit perjalanan,kami tiba di sana.Dijamunya kami.Diberi tempat tidur.Rumah di sini agak mewah.Mungkin mencecah sewanya 6000 paun sebulan.Rasanya kami tidak mampu duduk di rumah seperti ini.Terlalu selesa dan mewah.Mungkin sesuai dengan pakcik ini kerana di tauke Shell di sini.Sudah 6 tahun menetap di sini.Padanlah dengan kerjayanya.

... 

Pagi 6 November

Pintu dibuka.Kami segera keluar.

 Seusainya solat subuh,mentari pagi pun menyinarkan sinarnya dari ufuk timur.Memberi sedikit vitamin kepada makhluk Allah s.w.t.Memberikan harapan dan motivasi untuk menjalani kehidupan di siang hari.Namun di London,ajaibnya cuaca di sini tetap sejuk meskipun cahaya matahari memancar begitu terik.Kami begitu teruja untuk keluar merasai kesejukan pagi sambil mengambil beberapa gambar.Melihat pokok-pokok berwarna kemerah-merahan,kuning-kekuningan.Seakan-akan dilukis sebegitu rupa.Maka benarlah firman Allah:


وَإِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهٌ۬ وَٲحِدٌ۬‌ۖ لَّآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ ٱلرَّحِيمُ (١٦٣) إِنَّ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَـٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّهَارِ وَٱلۡفُلۡكِ ٱلَّتِى تَجۡرِى فِى ٱلۡبَحۡرِ بِمَا يَنفَعُ ٱلنَّاسَ وَمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مِن مَّآءٍ۬ فَأَحۡيَا بِهِ ٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ مَوۡتِہَا وَبَثَّ فِيہَا مِن ڪُلِّ دَآبَّةٍ۬ وَتَصۡرِيفِ ٱلرِّيَـٰحِ وَٱلسَّحَابِ ٱلۡمُسَخَّرِ بَيۡنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَعۡقِلُونَ (١٦٤)
Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. Al-Baqarah(163-164)

Saturday, 13 November 2010

Ujian dan Dugaan

Sabda Nabi s.a.w bermaksud: “Perjalanan adalah sebahagian daripada azab. Dia tidak dapat makan enak dan minum sepuas-puasnya serta tidur dengan nyenyak. Apabila seorang daripada kamu sudah menyelesaikan hajatnya, segeralah kembali kepada keluarganya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keadaan muka bumi Afghanistan
Setelah mengharungi perjalanan merentas Malaysia,India,Afghanistan dan Rusia selama 12 jam,maka tibalah kami di Lapangan Terbang Heathrow,London.Perasaan gembira dan risau bercampur-baur kerana kami belum lagi melepasi imigresen UK Border Agency yang terkenal dengan kawalan ketat sekuriti mereka.Wajah mereka hanya memberikan ekspresi dingin sebagaimana cuaca London di luar sana.

Kemungkinan untuk kami 'deported' yakni dihantar pulang peratusannya 50/50.Mengapa?Kerana kami tidak mempunyai VISA yang sah untuk memasuki United Kingdom ini.Setelah dua kali menghantar permohonan kepada wakil UK Border Agency di Malaysia sebanyak dua kali,dan ditolak,maka dengan menggunakan hak sebagai rakyat negara Komanwel(bekas negara-negara jajahan Empayar British) kita dibolehkan untuk melancong tidak lebih dari 6 bulan.Tidak percaya?

Melawat ke Luar Negara
Warganegara Malaysia yang bercadang untuk melawat ke luar negara dinasihatkan agar mendapatkan maklumat tentang visa bagi keperluan negara yang hendak dilawati. Maklumat boleh diperolehi daripada pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan dan Konsulat negara tersebut. Keperluan visa berbeza bergantung kepada tujuan dan tempoh lawatan. Syarat-syarat juga mungkin akan berubah dari masa kesemasa dan kadangkala dalam tempoh yang singkat.


Selain dari visa, adalah juga penting untuk mengambil perhatian perkara-perkara berikut:-
  1. Tempat dan negara yang akan dilawati adalah selamat.
  2. Tempoh sahlaku passport melebihi enam (6) bulan dari tarikh lawatan dibuat.
  3. Pasport/dokumen pengenalan siri serta nama, nombor telefon dan alamat waris ada dan disimpan dengan selamat di sepanjang tempoh lawatan.
  4. Sebaik sahaja tiba di negara yang dituju, untuk warganegara Malaysia yang akan tinggal melebihi tiga (3) bulan di negara asing diperlukan mendaftar di pejabat Perwakilan yang terdekat di negara berkenaan. Pendaftaran boleh dibuat melalui telefon, fax, e-mel atau datang sendiri ke Pejabat Perwakilan.
  5. Untuk negara-negara tertentu, yang memerlukan para pelawat memperolehi Sijil Inokulasi Antarabangsa yang disahkan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia. Buat masa ini, hanya vaksinasi bagi penyakit kuning (yellow fever) sahaja yang diperlukan. Terdapat juga negara-negara lain yang memerlukan sijil vaksinasi penyakit-penyakit lain.


Berbalik kepada cerita,rupa-rupanya kesemua imigran perlu beratur sepanjang-panjangnya bak ular yang melingkar.Kedengaran Pegawai British itu melaung "Quick,go here,go there!".Kecut perut juga dibuatnya.Kemasukan dibahagikan kepada dua.Pertama,laluan Passport EU.Kedua,laluan Passport lain-lain.Maka,kami memasuki laluan kedua.Kebanyakan pelancong daripada bukan EU terdiri daripada Korea Selatan,China,dan Malaysia.Ya,anda boleh membayangkan ramai bermata sepet di situ.Keadaan di situ bagaikan trafik yang sesak.Perlahan-lahan kami bergerak.Setapak demi setapak.Ketakutan dan kerisauan menjelma menjadi igauan.Terbayang-bayang pegawai itu berkata,"I'm do not confident enough to let you pass".

Lebih kurang 30-40 minit kami beratur,kami sudah berada di hujung laluan,sedia untuk dipanggil.Di kaunter imigresen di hadapan kami ada seorang warga Korea Selatan disoal oleh pegawai itu.Kelihatan dia berhempas-pulas untuk memahami bahasa inggeris.Pegawai itu tiba-tiba naik angin."Can anyone here Korean can speak English and translate for me?!".Keadaan menjadi gawat.Terlihat wajah bengang dan keletihan.Waktu sudah menunjukkan 5 petang.Di luar tirai malam sudah menutup layar siang.Rupanya-rupanya mereka ada Ketua Pelancong yang bertanggungjawab menyelesaikan masalah imigresen.Mereka terpisah-pisah.Dengarnya lebih kurang 15 orang dalam kumpulan mereka.Dia tergesa-gesa keluar dari laluan meminta maaf,dan menjawab segala soalan bertubi-tubi daripada pegawai imigresen itu.

...
Kemudian giliran kami pula untuk disoal-siasat.Pegawai itu menanyakan beberapa soalan,dijawab oleh ibu kami dengan panjang lebar.

"Why you bring your children along with you,how about their school?" balas pegawai itu.
"In Malaysia,this time are holiday period.So I'm sure you that this vacation will not affect their studies.Furthermore,they don't have major exam next year." terang Ibu.
"I'm just trying to be professional,doing my job" tegasnya. 
"Wait,I'll ask my senior about this."

Muka kami pucat.Rupa-rupanya tidak semudah yang disangka untuk masuk ke negara ini.Perlukan alasan yang kukuh.Kedudukan kewangan yang kuat.Selepas 10 minit,dia hadir memberikan berita gembira.Kami mengucapkan syukur tidak putus-putus pada tuhan.Yang memudahkan perjalanan.Yang Maha Memakbulkan doa.

Lalu inilah ujian dan dugaan bagi orang bermusafir.Langkah bermula untuk mematangkan diri,meluaskan pandangan,memperbaiki akhlak dan memperdekatkan kami dengan Allah.
Ini baru bermula!

Wednesday, 10 November 2010

Permusafiran

Permusafiran adalah sebuah perjalanan
bukan sekadar makan angin dan jalan-jalan
nasihat Dia agar kembara melihat ciptaan
merungkai makna hakikat ketuhanan

Jauh berjalan luas pemandangan
mencedok pengalaman merubah fikiran
wahai sahabat ini adalah peluang 
meningkatkan diri memperbaiki kesalahan

  Tidak cukup lembaran ini untuk menceritakan kesemuanya,tidak mudah menyusun kata,tidak indah jika ditulis sekadar melepaskan batuk di tepi tangga.Perjalanan ini sebenarnya telah bermula sebelum sampai ke bumi Oxford ini lagi.Semuanya adalah suratan takdir,untuk aku kembali ke sini setelah 15 tahun meninggalkannya.Ada maksud untuk dihalusi,bagaikan tuhan mengerti,ada jawapan yang harus kita cari dalam pengembaraan mencari spirit yang hilang.Oh mari kita bersama menghalusi kata-kata Ustaz Rahmat (Sang Murobbi) supaya dijadikan nasihat dan pedoman:


"Merendahlah,engkau kan seperti bintang gemintang,
Berkilau dipandang orang,di atas riak air dan sang bintang nun jauh tinggi
Janganlah menjadi seperti asap,
Mengangkat diri tinggi di langit
Padahal dirinya rendah hina

...

Pintu pejabat 'Department' ditolak perlahan.Segera aku menggagahkan diri untuk berjumpa dengan  Mdm. Waheeda.Inginku minta beberapa nasihat dan cadangannya berkenaan keputusanku ini.Dengan itu,barulah aku dapat membuat perhitungan.Tiada kata dua.

Baru sahaja aku mengutarakan pendapatku,dia terus memberi jawapan yang pasti.Tiada ragu dan mengejutkan."You must go!This is experience of a lifetime" katanya."Go take some shortcourses and improve your english,and last but not least,enjoy your holiday" sambungnya lagi.Ada benar pada katanya.Terima kasih Madam.

...

Tiket penerbangan telah dibeli pada 28 Oktober ini.Namun aku masih lagi tidak membuat apa-apa persiapan.Sibuk dengan program luar.Hinggalah berita dari neraka itu menjenguk di muka pintu.Permohonan Visa keluargaku ditolak.Bukan sekali malah dua kali.Memang sebenarnya tiada masalah kerana aku hanya pergi selama 5 atau 6 bulan tidak memerlukan VISA.Jikalau keluargaku tidak ada VISA,berkemungkinan untuk dihantar balik besar peratusannya.Dihalau oleh bangsa penjajah itu sememangnya satu senario yang ingin dibuang jauh-jauh untuk dibayangkan.

Pelbagai usaha dilakukan.Ibuku resah jika terpaksa membatalkan hasratnya untuk membuat penyelidikan di OXCIS(OXford Centre for Islamic Studies).Kementerian Pelajaran Tinggi (MOHE) telah bersetuju untuk membiayai pengajian selama 10 bulan.Bak kata orang putih,"by hook or by crook" maknanya dengan apa cara sekalipun.Kita harus pergi.Demi penyelidikan yang harus diselesaikan,demi dakwah yang harus disebarkan,demi pengalaman yang harus ditimba sebanyak-banyaknya.Aku takjub dengan usaha ayah dan ibu untuk membawa kesemua ahli keluarga ke sana.Sebenarnya,ibu dan ayah sahaja yang wajib pergi.Kami ini sunat sahaja.Namun demi kasih sayang dan tanggungjawab,berhempas-pulas ibu ayah mengorbankan sejumlah besar yang ada untuk menampung perbelanjaan kami meskipun kami orang yang sederhana sahaja.Bukan orang berada.Jauh sekali orang kaya-kaya.

...
 
Doa dipanjatkan.Solat hajat dikerapkan.Agar dipermudahkan kesemua urusan.Tiba-tiba,ayah memberitahu dalam beberapa hari lagi kita akan ke sana.Kelam-kabut dibuatnya.Baju dibungkus seadanya.Subuh 5 November 2010,kami berangkat dari rumah tercinta.Mengharap pada yang Esa,agar perkenan pada hajat hamba kami yang hina ini.Betul kata kebanyakan orang,bermusafir ini banyak mehnah dan tribulasinya.Aku tinggalkan sahabat-sahabat yang setia,tanggungjawab yang belum selesai,rumahku yang selesa,dan segala-galanya di tangan Allah..